[VIDEO] 'Saya bangga dengan Feroz dan Ramadhan,' tonggak kelab amatur cari motivasi daripada duo JDT demi kembali ke Liga Super


  • Podium
  • Khamis, 26 Sep 2024

Sebahagian aksi menarik Amirul (jersi merah) ketika membantu KL Rovers bertemu YPM FC pada Ahad.

PENYERANG Kuala Lumpur (KL) Rovers, Amirul Husaini Zamri, tidak merasa cemburu terhadap pencapaian rakan-rakannya yang kini beraksi cemerlang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Dua rakannya itu ialah Feroz Baharudin dan Muhammad Ramadhan Saifullah Usman yang kini beraksi untuk Johor Darul Ta'zim (JDT).

Menurut Amirul Husaini, dia berbangga dengan prestasi cemerlang yang sentiasa ditampilkan oleh kedua-dua rakannya itu.

BACA LAGI: Anak jati Kedah hampir pasti tinggalkan Pantai Timur, kembali ke pangkal jalan

BACA LAGI: Pilih kelab lain tak bantu bintang Sang Kenari, Sabah FC lari dari isu gaji

"Saya berasa bangga dengan pencapaian rakan-rakan saya seperti Feroz Baharudin dan Ramadhan Saifullah yang masih beraksi di Liga Super.

"Melihat kepada pencapaian mereka memberi saya motivasi untuk terus berusaha kembali beraksi di Liga Super musim hadapan," katanya.

Nama Feroz mungkin tidaklah popular dalam kalangan penyokong namun dia sentiasa menampilkan persembahan yang cukup cemerlang apabila diberi peluang untuk menjaga benteng pertahanan Harimau Selatan meskipun terpaksa bersaing dengan pemain senior di posisi tersebut.

Tonggak KL Rovers itu yang sebelum ini beraksi bersama Perak FC musim lalu kini merupakan salah satu penjaring terbanyak KL Rovers.

Prestasi cemerlang anak jati Johor itu menarik perhatian beberapa pasukan Liga A1 Semi-Pro antaranya Bunga Raya Damansara FC yang difahamkan berminat untuk menandatangani kontraknya pada jendela kedua perpindahan kelab amatur yang akan berakhir awal bulan depan.

Untuk rekod, Amirul Husaini dan Feroz beraksi bersama sejak 2016 apabila kedua-dua pemain itu pernah mewakili Harimau Muda pada usia yang muda selain kedua mereka berjaya membantu JDT II menjuarai Liga Perdana pada musim 2022.

Berdasarkan maklumat, dia memilih untuk ke Perak FC pada 2022 sebelum hanya kekal di kelab Utara tanah air itu selama semusim dan berkelana ke KL Rovers April tahun ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram