PENYERANG sayap kiri Manchester United, Marcus Rashford dijangka akan kembali ke prestasi terbaiknya pada musim baharu ini selepas tampil dengan aksi mengecewakan sejak tahun lepas.
Ia terbukti apabila Rashford telah menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan untuk Manchester United iaitu ketika aksi menentang Southampton dan Barnsley, ia merupakan gol pertamanya sejak Mac tahun ini.
Pemain berusia 27 tahun itu mengharungi kempen sukar musim lalu apabila hanya memperoleh sembilan gol dalam 50 penampilan untuk kelab dan negara dan Rashford juga tidak terpilih dalam skuad Piala Eropah 2024.
BACA LAGI: [VIDEO] Kuching City makin 'mengganas', bintang JDT sah perkuat The Cats
Rashford turut dikenakan tindakan disiplin oleh Ten Hag pada Februari lalu selepas dilaporkan sakit kerana menjalani latihan namun rupanya berada di kelab malam Belfast sehingga awal pagi.
"Mungkin dia memerlukan bantuan untuk menyokongnya. Tetapi pada akhirnya, dia perlu melakukannya sendiri. Dia harus berdisiplin, memberi sikap yang betul ketika latihan dan semasa perlawanan.
"Apabila dia kembali menerapkan sikap profesional, dia berada di kelas yang tersendiri. Saya rasa dia sentiasa tahu dan setiap pemain tahu bahawa bila anda tidak bersungguh, anda tidak boleh beraksi.
"Mana-mana kerjaya pemain bola sepak ada naik dan turun. Rashford tahu apabila dia ada halangan dan bagaimana untuk melawan dan kembalikan prestasinya. Rashford kini berada di landasan yang betul. Dia memulakan musim dengan sangat baik, " kata Ten Hag.
Rashford baru-baru ini mencetak dua gol untuk Man United. — Agensi
Bekas pengendali England, Gareth Southgate tidak memilih Rashford dalam 33 pemain skuad Euro 2024 dengan mengatakan ada pemain yang lebih baik pada musim lalu berbanding pemain itu.
Dalam pada itu, momentum yang baik daripada Rashford dan kembalinya Mason Mount dan Rasmus Hojlund daripada kecederaan adalah dorongan buat Ten Hag sebelum perlawanan pada Ahad menentang Crystal Palace. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram