PEMAIN muda Barnsley, Vimal Yoganathan meluahkan hasratnya agar lebih ramai lagi pemain berketurunan Tamil beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.
Pemain tengah berusia 18 tahun itu diturunkan beraksi ketika bertemu Manchester United dalam saingan Piala Carabao 2024 di Old Trafford pada Rabu.
Meskipun tewas 0-7 kepada kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu, namun dia tetap berbangga apabila menjadi satu-satunya pemain yang berketurunan Tamil dapat beraksi di antara pentas tertinggi dunia itu.
BACA LAGI: 'JDT pasukan terbaik', Hector Bidoglio taruh harapan tinggi, yakin tundukkan kelab China
BACA LAGI: [VIDEO] Kuching City makin 'mengganas', bintang JDT sah perkuat The Cats
Dalam pada itu, Yoganathan berharap agar lebih ramai lagi pemain berketurunan Tamil mengambil peluang untuk sama-sama menyerlah dalam bola sepak di peringkat lebih tinggi.
"Ia akan menjadi detik besar untuk komuniti Tamil jika saya bermain dan jelas sekali ia akan meningkatkan lebih banyak kesedaran dan mendapat lebih banyak perhatian.
"Bercakap sahaja tak cukup jadi saya mahu buktikan kepada semua orang bahawa komuniti Tamil boleh pergi jauh dalam sukan bola sepak.
"Saya berasa cukup selesa apabila menjadi contoh kepada ramai orang dan saya rasa saya telah membantu dalam memberi beberapa kata nasihat kepada mereka untuk bermain di peringkat lebih tinggi," katanya.
Pemain itu membesar di sebuah pekan kecil, Flintshire yang berpangkalan di Trelawnyd, Wales dengan dia menceburi sukan bola sepak sejak empat tahun.
Selepas itu, dia berpeluang menyertai beberapa akademi kelab sekitar England, termasuk Liverpool dan Burnley sebelum memilih untuk menyertai Barnsley.
Dalam perlawanan itu, skuad The Red Devils meraih kemenangan selesa dengan Christian Eriksen, Alejandro Garnacho dan Marcus Rashford menjaringkan dua gol sementara Antony tidak ketinggalan mencetak satu jaringan peribadi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,