[VIDEO] 'Be strong', YB Badd optimis Sang Kenari ada cara atasi isu kewangan meruncing


  • Podium
  • Isnin, 23 Sep 2024

Baddrol masih mempunyai hubungan cukup baik dengan Kedah meskipun sudah beberapa tahun meninggalkan kelab itu. — Facebook/Kedah FA

MASA depan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam Liga Super terus menimbulkan persoalan selepas pendedahan dibuat bek pasukan, Rizal Ghazali mengenai situasi kelab itu.

Selepas aksi berdepan Sri Pahang FC, pemain berkenaan memberi bayangan skuad Sang Kenari berdepan masalah tunggakan gaji yang meruncing dengan ada beranggapan masing-masing tidak menerima bayaran sehingga tujuh bulan.

Situasi itu dikhuatiri akan menyebabkan kelab bersejarah tanah air itu akan terus lenyap pada masa akan datang sekiranya tiada usaha pihak atasan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

BACA LAGI: 'Kekalkan Nidzam Jamil', fans Selangor tolak khabar angin Nafuzi Zain tinggal KDA sertai Gergasi Merah

BACA LAGI: 'Ada pemain dah buat aduan', PFAM akan beri notis buat KDA FC

460723203_560911396290042_1784829632482560211_n

Masalah kewangan skuad Sang Kenari masih belum diselesaikan. Facebook/KDA FC

Bagaimanapun, sebahagian penyokong masih yakin isu kewangan pasukan akan diselesaikan melihat kepada status Kedah sebagai antara kelab terbaik dalam negara.

Selain percaya dengan kehadiran pelabur dalam masa terdekat, masing-masing juga percaya kerajaan negeri itu akan menyalurkan sumbangan meskipun mereka kini sudah diswastakan.

Malah, perasaan itu juga dikongsikan bekas pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar yang mengharapkan pemain Sang Kenari kekal tabah dan semangat dalam menghadapi dugaan tersebut.

"Pasti ada caranya, be strong," tulisnya ringkas dalam satu video berdurasi 43 saat ketika dia masih beraksi buat skuad Sang Kenari.

Walaupun sudah lama meninggalkan skuad Sang Kenari, dia masih mempunyai hubungan rapat dengan pasukan itu selepas menabur bakti lebih daripada 10 tahun.

Selain itu, Baddrol juga dilaporkan pernah berdepan situasi berkenaan pada tahun-tahun akhirnya di kelab tersebut sebelum memilih untuk menyertai Sabah FC.

Dia yang pernah memikul peranan kapten juga sudah tentu memahami naik turun Kedah yang berisiko menuju ke lembah kehancuran sekiranya tiada langkah penyelesaian diambil.

Kini, Baddrol tidak lagi beraksi di atas padang setelah memilih untuk menceburi bidang politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu dengan dia merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun ketika ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram