Sudah dapat gaji ke belum? Status ‘Ok la tu 7 bulan’ Rizal Ghazali cetus tanda tanya


  • Podium
  • Sabtu, 21 Sep 2024

KDAFC dan Sri Pahang FC sekadar berkongsi mata apabila terikat 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada Jumaat.— Facebook/KDAFC

KEMELUT dalaman membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) makin meruncing apabila satu demi satu pemainnya membuat hantaran berkenaan pembayaran gaji di media sosial masing-masing.

Selepas Irfan Zakaria, terbaharu hantaran status Instagram story Rizal Ghazali pula memberikan isyarat mengenai permasalahan gaji Kedah yang seolah-olah belum lagi selesai.

Hantaran itu dibuat selepas perlawanan skuad Sang Kenari menentang menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat.

BACA LAGI: 'Last jumpa awal bulan hari itu je', Irfan Zakaria masih menanti Kedah lunaskan gaji tertunggak

BACA LAGI: [VIDEO] Hilang Habib Haroon ke Bahrain, Kedah bakal terima khidmat bekas anak didik Nafuzi Zain

"Okay la itu tujuh bulan (simbol logo bulan)," tulis pemain berumur 31 tahun tersebut.

Hantaran status InstaStory tersebut turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong adakah pihak pengurusan kelab masih gagal membayar gaji pemain sejak awal musim ini.

Untuk makluman, media sebelum ini melaporkan sebahagian pemain termasuk skuad bawahan Sang Kenari masih tidak menerima gaji, malah difahamkan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut 'sangkut' sejak tahun lalu.

Rizal

Hantaran status Instastory Rizal menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong adakah pihak pengurusan kelab masih gagal membayar gaji pemain sejak awal musim ini.

Namun, di sebalik derita tersebut ada dalam kalangan penyokong yang memberi pujian terhadap pemain skuad kendalian Nafuzi Zain yang tetap memberi persembahan yang terbaik untuk pasukan mereka mengikat Sri Pahang.

Pada perlawanan aksi Liga Super itu, KDAFC dan Sri Pahang FC berkongsi mata berkongsi mata apabila terikat 2-2 dengan perlawanan cukup baik dipamerkan kedua-dua pasukan.

Malah ada yang beranggapan, persembahan bertenaga daripada skuad Sang Kenari itu membuatkan penyokong beranggapan isu tunggakan gaji yang tertangguh selama tujuh bulan sudah diselesaikan pemilik kelab, Tan Sri Mohd Daud Bakar.

Biarpun belum ada sebarang kesahihan sama ada ia merujuk kepada persembahan skuad ataupun tunggakan gaji, hantaran Rizal jelas mengundang tanda tanya peminat fanatik Sang Kenari.

Keputusan itu menyaksikan Sri Pahang menduduki tangga keenam liga dengan 11 mata manakala Kedah di tangga ke-10 dengan sembilan mata selepas 10 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram