[VIDEO] Abid utamakan misi Johor, tolak tepi sasaran peribadi


  • Podium
  • Jumaat, 20 Sep 2024

Abid (dua dari kanan) menjaringkan satu gol ketika MSS Johor menundukkan Selangor. — Facebook/Azri Mohd Salikin Eboy

SAINGAN Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) sememangnya mencuri perhatian peminat sukan seluruh negara yang tertarik untuk melihat kebolehan atlet di bangku persekolahan.

Meskipun sukar untuk mengikutinya secara dekat, perkembangan harian di media sosial sudah cukup untuk membawakan keghairahan orang ramai terhadap temasya sukan berkenaan.

Seperti kejohanan sukan yang lain, perhatian pasti diberikan terhadap sukan olahraga yang mengandungi beberapa acara seperti larian, lontar peluru dan lain-lain lagi.

BACA LAGI: SSN dominasi 42 rekod baharu MSSD Hulu Selangor, kuasai acara balapan dan padang

BACA LAGI: Mahu jadi sebaris Azeem Fahmi, Olahragawan MSSM sedar pentingnya pelajaran

452609214_876543144509045_2606004846628217676_n

Abid ketika beraksi dalam skuad belia kebangsaan. Facebook/FAM

Bagaimanapun, bola sepak yang boleh dikategorikan sebagai sukan nombor satu dalam negara juga tampil dengan kemeriahan tersendiri bagi sesiapa yang meminatinya.

Di samping mahu melihat pasukan terbaik, penyokong juga meletakkan MSSM sebagai antara platform terbaik bagi 'ubi muda' menampilkan diri masing-masing sebelum melangkah ke tahap lebih tinggi.

Bagi temasya tahun ini, seorang lagi permata seperti sudah ditemui apabila orang ramai cukup tertarik akan kebolehan tonggak skuad Johor, Abid Safaraz Rozaidi.

Ini kerana pemain berkenaan muncul penjaring terbanyak dalam temasya sukan itu dengan dia pasti diharapkan dapat membantu negerinya dalam perlawanan akhir tidak lama lagi.

Sasaran itu turut diletakkan penyerang tersebut yang mahu membantu skuad Johor terlebih dahulu sebelum memikirkan kejayaan secara peribadi.

"Untuk anugerah penjaring terbanyak, saya tak menyasarkannya. Saya hanya mahu membawa pasukan untuk ke perlawanan akhir dan menjuarai MSSM terlebih dahulu.

"Anugerah peribadi kita ketepikan dahulu kerana di dalam padang, kita tidak bermain berseorangan. Jadi, kita mahu jadi juara dahulu. Insya-ALLAH boleh bagi kami muncul juara dan saya akan cuba berikan yang terbaik," katanya kepada Astro Arena.

Abid bukanlah seorang pemain yang asing lagi dalam landskap bola sepak akar umbi negara dengan kini beraksi untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) IV dan skuad Bawah 19 Tahun kebangsaan.

Untuk rekod, Abid kini terikat di kedudukan teratas carta penjaring terbanyak di samping pemain MSS Selangor, Muhammad Daniel Zharfan Zainal dengan empat gol dijaringkan mereka.

Skuad MSS Johor bakal berdepan skuad MSS Pahang dalam perlawanan akhir pada Jumaat yang akan diadakan di Stadium Educity, Iskandar Puteri, Johor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram