PRESTASI cemerlang terus direkodkan Jordan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila mereka mudah mengatasi Palestin dalam aksi yang berlangsung pada Selasa.
Perlawanan yang diadakan di Stadium Cheras, Kuala Lumpur tersebut menyaksikan kedua-dua negara beraksi dengan cemerlang meskipun suasana berbeza dapat dirasakan dari segi penyokong.
Namun, Jordan sebagai pasukan pelawat bermula dengan langkah kanan setelah Yazan al-Naimat membuka jaringan untuk meletakkan mereka di hadapan seawal minit kelima permainan.
BACA LAGI: Jadi hero tewaskan Korea Utara, terimalah hakikat Selangor ‘menang besar’ sign Ali Olwan
BACA LAGI: Ali Olwan tak cukup, fans Jordan risau Selangor buru seorang lagi 'Yazan'
Palestin bagaimanapun tidak mudah mengaku kalah apabila dapat mengikat semula kedudukan menerusi gol Wessam Abou Ali dengan keputusan seri 1-1 kekal sehingga wisel separuh masa pertama ditiupkan.
Tetapi, serangan bertali-arus daripada Jordan menyaksikan mereka mengembalikan kelebihan apabila Yazan serta pemain Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh masing-masing menjaringkan satu gol pada babak kedua.
Ali Olwan (kiri) merupakan pemain yang bersinar ketika Jordan menewaskan Palestin. — Facebook/FAM
Kedudukan 3-1 berpihak kepada mereka kekal sehingga permainan tamat yang sekali gus membolehkan skuad kendalian Jamal Sellami itu berada di tangga teratas Kumpulan B dalam Pusingan Ketiga Kelayakan.
Namun, Yazan dan Al-Rawabdeh tidak diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan apabila rata-rata peminat bola sepak tanah air berasakan penyerang baharu Selangor FC, Ali Olwan merupakan bintang paling bersinar.
Hal itu disedari pengguna Facebook menerusi akaun Malaysia National Football Team yang berasakan pemain tersebut memiliki kualiti untuk menggegarkan jaring lawan dengan mudah.
"Antara yang mencuri tumpuan dalam perlawanan antara Jordan dan Palestin ialah penyerang baharu Selangor, Ali Olwan. Pandai mencari posisi untuk menjaringkan gol, sering berada di lokasi tepat, memang seorang pemain no. 9 berkualiti.
"Jika Selangor ada pemain yang boleh mencipta peluang dengan bagus, tidak mustahil untuknya bersaing menjadi penjaring terbanyak Liga Super," tulisnya.
Fernandez tidak kurang hebatnya buat skuad Gergasi Merah. — Instagram/Ronnie Fernandez
Skuad Gergasi Merah menyambar penyerang tersebut dari kelab Qatar, Al Shamal SC selepas pemain berkenaan menghabiskan satu musim secara pinjaman di Al Khor SC.
Meskipun sudah memiliki Ronnie Fernandez, kemasukan pilihan lain di posisi sama sudah tentu dapat mencipta saingan sihat yang dapat membawa faedah buat pasukan.
Ketika ini, carta penjaring terbanyak diungguli bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva yang sudah merekodkan sembilan jaringan dalam enam penampilan Liga Super.
Jika mereka dapat menggunakan khidmat Ali Olwan sebaik mungkin, tidak mustahil catatan itu dapat dipintasnya atau Ronnie yang berada di kedudukan kedua carta dengan enam jaringan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram