[VIDEO] STL 2024: Libasan penuh ‘dendam’, tekong Selangor Pistons ‘gari’ PDRM Defenders, raih tempat ketiga GP Selangor


  • Podium
  • Ahad, 15 Sep 2024

Selangor Pistons menamatkan GP Selangor Liga Sepak Takraw 2024 di tempat ketiga.

KEMENANGAN Selangor Pistons menyaksikan pasukan itu berjaya mengesahkan tempat ketiga dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Selangor.

Dałam perlawanan yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor itu menyaksikan Selangor Pistons meraih kemenangan 2-1 dengan keputusan 9-15,15-9 dan 15-4.

Selangor Pistons yang dibarisi oleh Zuhri Zin selaku tekong, Ariff Daniel Mohammad Aripin (apit kanan) dan Arif Badri (apit kiri) tu berjaya melakar momen indah apabila mengheret perlawanan ke set penentuan meskipun tewas pada set pertama.

BACA LAGI: Selangkah ke Selangor FC, Kalamullah sah tinggalkan Sang Kenari, ramai lagi menyusul

BACA LAGI: Paulo Josue pecah rekod Fandi Ahmad, fans puji semangat juang skuad muda Kedah

Libasan yang penuh dendam daripada tekong kebangsaan, Zuhri Zin nyata membuahkan hasil selepas berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada set kedua sekali gus memastikan PDRM Defenders tunduk pada set ketiga.

Gandingan Siwatbancha Seekhwa selaku tekong, Muhammad Shahalril Aiman (apit kiri) dan Syukri Hasan (apit kanan) pada awalnya memacu kemenangan dalam set pertama buat PDRM Defenders.

Begitupun, semangat juang yang ditampilkan oleh Selangor Pistons yang mahu meraih tempat ketiga itu berjaya menjadikan Stadium Malawati sebagai bukti kejayaan mereka dalam GP Selangor.

Menariknya aksi tersebut, Selangor Pistons memerlukan 66 minit untuk memastikan kemenangan milik mereka.

Dengan kemenangan di tempat ketiga itu, Selangor Pistons meraih 19 mata, manakala PDRM Defenders pula mendapat 16 mata.

Berakhirnya GP Selangor pada Ahad, kini STL 2024 akan beralih ke GP Terengganu yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu bermula pada 24 sehingga 28 September nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram