PENJAGA gol utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi sah tinggalkan Sang Kenari.
Berita sedih itu dikongsikan di laman Facebook KDA FC pada Ahad.
"Selepas beberapa perbincangan mendalam antara Kalamullah Al-Hafiz, barisan kejurulatihan dan pengurusan kelab, kesemua pihak memutuskan untuk membawa haluan berbeza dan menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.
BACA LAGI: Sudah cukup bersedia, Fandi Ahmad letak sandaran di bahu Kpah Sherman 'gari' The Cops
BACA LAGI: Pengurus Selangor Pistons 'telan pahit' apit kanan cedera menjelang aksi STL lawan ATM Guardians
Kalamullah tinggalkan Kedah selepas kelab itu mengalami isu tunggakan gaji yang berlarutan. — Facebook/MFL
"Dalam keadaan yang cukup sukar ini, kehilangan Kalamullah Al-Hafiz di kemuncak kerjaya, dalam prestasi antara penjaga gol terbaik Harimau Malaya, keputusan yang diambil oleh pemain ini dan pengurusan tidaklah mudah. Namun situasi semasa Sang Kenari, ini adalah keputusan terbaik untuk kedua-dua pihak.
"Kalamullah bangkit dan mempamerkan prestasi yang cukup baik di kala pasukan masih terumbang-ambing mencari rentak awal musim ini, seterusnya membantu KDA FC layak ke peringkat Separuh Akhir Piala FA 2024/25 baru-baru ini.
Dimana sahaja anda berada, ingatlah Kalamullah, selamanya Sang Kenari. Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih di atas khidmat bakti beliau selama mewakili Sang Kenari dan mendoakan kerjaya beliau terus maju bersama pasukan baharu!
"Kalamullah, Biar Jasa Jadi Kenangan," katanya di Facebook.
Kalamullah kini dilaporkan selangkah untuk menyertai Selangor FC dalam jendela perpindahan kedua liga.
Khabar angin perpindahan itu sebelum ini dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam di laman X.
Selain Kalamullah, beberapa pemain bintang juga dikhabarkan bakal meninggalkan Sang Kenari yang kini dilanda kemelut masalah gaji. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,