Sudah cukup bersedia, Fandi Ahmad letak sandaran di bahu Kpah Sherman 'gari' The Cops


  • Podium
  • Ahad, 15 Sep 2024

Skuad Tok Gajah dilihat sudah cukup bersedia untuk bertemu The Cops menjelang aksi Liga Super pada Ahad. — Facebook

MAMPUKAH Sri Pahang FC meraih kemenangan kedua menjelang aksi bertemu PDRM FC atau akan menjadi mimpi buruk sekali lagi dalam saingan Liga Super 2024 pada Ahad.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Temerloh, Pahang itu pastinya memberi kelebihan buat skuad Tok Gajah meraih keputusan positif.

Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad pastinya mengharapkan keputusan positif kerana pasukannya tidak pernah menang selepas tujuh perlawanan dalam Liga Super.

BACA LAGI: Pengurus Selangor Pistons 'telan pahit' apit kanan cedera menjelang aksi STL lawan ATM Guardians

BACA LAGI: Tiada rotan, akar pun berguna, fans Kedah lapang dada lihat skuad muda jadi pilihan Nafuzi

WhatsApp Image 2024-09-15 at 11.22.20-2

Sebahagian sesi latihan skuad Tok Gajah menjelang perlawanan bertemu PDRM FC. — Facebook

Dalam pada itu, Tok Gajah berharap agar dapat menundukkan The Cops apatah lagi beraksi di hadapan penyokong mereka sendiri.

Untuk rekod, Sri Pahang hanya mencatatkan satu kemenangan ketika berdepan Kelantan United (1-0) pada 11 Mei lepas dan keputusan itu pastinya mengejutkan apabila Tok Gajah merupakan pasukan yang menduduki tabgga teratas liga musim lalu.

Selaij hanya mencatatkan satu kemenangan, Sri Pahang turut mencatat empat seri dan tiga kekalahan.

Dalam pada itu, Fandi berharap agar anak-anak buahnya mampu memperbaiki kedudukan dalam liga.

“Kami hanya mencatat satu kemenangan dalam liga, yang membimbangkan dan tidak cukup baik.

Saya berharap pasukan dapat meraih kemenangan dalam perlawanan kesembilan kami walaupun kami tahu PDRM adalah pasukan yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Menurut Fandi, dia sudah berusaha untuk meningkatkan kecergasan pemain dan mempertajamkan penyudah penyerang mereka semasa tempoh rehat bagi memberi ruang kepada Kejohanan Pestabola Merdeka 2024.

“Saya mahu kami menguasai permainan dan kekal fokus selama 90 minit menentang The Cops.

“Kami perlu menjadi lebih kuat kerana kami mahu meraih kemenangan di hadapan penyokong kami sendiri," ujarnya.

Meskipun meletak sandaran di bahu Kpah Sherman, namun Fandi berharap agar rakan sepasukannya seperti Sergio Aguero, Mykola Ahapov dan Sean Selvaraj mampu menjadi gandingan yang baik untuk penyerang import Liberia itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram