AKSI minggu ke-10 saingan Liga Super 2024/2025 menyaksikan Kuala Lumpur (KL) City FC kenduri gol menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.
Dalam aksi tersebut, kapten The City Boys, Paulo Josue muncul wira apabila meledak hatrik dalam memastikan kemenangan milik skuad Warga Kota.
Lebih manis lagi, jaringan yang diledak oleh Josue itu menjadi detik penting dalam sejarah bola sepak Kuala Lumpur apabila dia berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh Fandi Ahmad untuk menjadi penjaring terbanyak skuad Warga Kota itu.
BACA LAGI: Selangkah ke Selangor FC, Kalamullah sah tinggalkan Sang Kenari, ramai lagi menyusul
BACA LAGI: Sudah cukup bersedia, Fandi Ahmad letak sandaran di bahu Kpah Sherman 'gari' The Cops
Paulo Josue kini penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak Kuala Lumpur. — Facebook/MFL
Jaringannya pada minit ke-49 membolehkan pemain naturalisasi kebangsaan itu memperoleh 68 gol untuk KL City sekali gus memintas Fandi yang mencatat 67 jaringan.
Dua lagi gol skuad kendalian Miroslav Kuljanac itu masing-masing dijaringkan oleh Jovan Motika pada minit ke-14 dan Zhafri Yahya (m-26).
Dengan rekod yang berjaya dicatat oleh Josue, bekas pertahanan Kuala Lumpur (KL) FA, See Kim Seng memuji semangat juang yang dipamerkan oleh tonggak Warga Kota itu.
Menurutnya, Josue kini boleh digelar sebagai legenda yang patut dicontohi oleh pemain-pemain muda lain.
“Pemain seperti Paulo Josue bukan sahaja layak digelar legenda malah dia pemain yang harus dicontohi sebagai pemain profesional yang berkualiti,” katanya kepada Majoriti.
Tambah bekas pemain Harimau Malaya itu, dia turut kagum dengan kesetiaan yang dipamerkan oleh Josue meskipun sebelum ini dilaporkan beraksi secara ‘percuma’ selama tujuh bulan bersama KL City FC tanpa menerima gaji bulanan.
“Saya kagum dengan Paulo walaupun dia terpaksa menghadapi banyak dugaan terutamanya dalam isu gaji.
“Walaupun tidak dibayar gaji namun dia masih mampu menampilkan permainan yang baik,” kongsinya.
Begitupun, Kim Seng mendedahkan bahawa dia lebih memilih Fandi Ahmad sebagai legenda kebangsaan.
“Tapi kalau nak dibandingkan dengan Fandi Ahmad dan Paulo, saya tetap pilih Fandi,” ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,