Kedah kini sebaris sejarah Selangor, Kelantan dan Perak terpaksa pakai pemain muda akibat masalah kewangan


  • Podium
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Perak antara kelab yang pernah mengalami masalah kewangan dan perlu menggunakan pemain muda.

SITUASI masalah kewangan dalam kalangan kelab Liga Super bukanlah pertama kali berlaku. Musim ini, Kedah Darul Aman FC terhimpit dengan begitu hebat hingga mereka terpaksa bertindak drastik.

Ini kerana ramai pemain skuad senior memboikot sesi latihan hingga Kedah perlu menggunakan skuad B mereka bagi berdepan Kuala Lumpur City FC pada 14 September kelak.

Kedah bukanlah kelab pertama menggunakan cara tersebut. Sebelum ini, terdapat beberapa kelab yang terpaksa melalui jalan serupa apabila kelab berdepan masalah kewangan.

BACA LAGI: 'Kalau 3 mata memang power', kepak Kenari masih percaya skuad muda Kedah mampu tumpaskan KL City

BACA LAGI: Terasa diri bodoh lepas bolos 11 gol, Irfan Haikal terkenang kata-kata pemain Selangor

Kelantan

Contoh terdekat yang menggunakan jalan serupa seperti Kedah adalah Kelantan FC pada musim 2023.

Kelab yang pernah meraih treble pada 2012 itu memasuki lubang yang cukup dalam akibat masalah kewangan pada musim lalu hinggakan terpaksa membariskan ramai pemain muda.

349612364_6125525374232131_6630228355818618975_n

Kelantan menjadi pasukan belasahan pada 2023.

Masalah kewangan yang hingga kini masih belum selesai menyaksikan Kelantan mencatatkan begitu banyak kekalahan besar seperti tewas 2-11 kepada Selangor FC, dibelasah 0-10 oleh Johor Darul Ta'zim serta 0-8 di tangan Perak FC.

Deretan kekalahan besar itu menjadi sebahagian daripada sejarah The Red Warriors dengan tersingkir daripada Liga Super dan tidak bertanding mana-mana pertandingan pada musim 2024/2025.

Selangor

Gergasi Merah juga pernah berdepan masalah kewangan hingga perlu menggunakan pemain-pemain muda dalam skuad mereka.

Kemelut perebutan kuasa yang melanda Selangor pada 2017 menyebabkan mereka hilang sumber kewangan oleh kerajaan negeri.

17917122_1476261112446375_2813582340815457_o

Syahmi (paling kiri) antara pemain muda paling menonjol ketika era gelap Selangor.

Pada waktu itu, Selangor yang turut dinafikan hak beraksi di Stadium Shah Alam diketuai oleh P. Maniam hingga muncul beberapa prospek muda berpotensi seperti Syahmi Safari, K. Kannan dan Adam Nor Azlin.

Mujur buat Selangor, mereka masih dibaris beberapa pemain import dan senior yang berkualiti seperti Ugo Ukah, Razman Roslan serta Fittri Shazwan. Jadi, keputusan di padang tidak begitu terjejas dengan Selangor menamatkan saingan liga di kelompok pertengahan.

Perak

Satu lagi kelab yang menggunakan laluan serupa adalah Perak pada musim 2021 yang menyaksikan sejarah hitam tercipta dalam bola sepak mereka.

Hal ini kerana, masalah kewangan yang dihadapi menyebabkan Perak terpaksa melepaskan ramai pemain utama seperti Shahrul Saad, Nazirul Naim, Kenny Pallraj dan Shakir Hamzah.

222612455_1641853026014025_2402279990644173617_n

Perak turun ke divisyen dua buat pertama kali dalam sejarah mereka pada 2021.

Isu kewangan Perak tidak dapat dibendung dengan mereka terpaksa bergantung kepada pemain muda seperti Syahir Bashah, Adib Ra'op dan Firdaus Saiyadi untuk meneruskan cabaran.

The Bos Gaurus bagaimana pun tidak berjaya melawan tekanan dan pada ulang tahun ke-100 bola sepak Perak, mereka buat pertama kalinya tersingkir daripada divisyen satu untuk turun ke Liga Premier. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram