[VIDEO] Tak lagi dengan Perak, Hadi Fayyadh pilih sertai kelab lama


  • Podium
  • Rabu, 11 Sep 2024

Hadi Fayyadh (kanan) sah menyarung jersi Sang Saka Biru dilihat jalani latihan pertama bersama The Cops. — Facebook/PDRMFC

BERITA baik buat kem PDRM FC apabila dikhabarkan bekas penyerang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, Hadi Fayyadh Abdul Razak kembali menyertai pasukan itu.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Hadi selangkah untuk melengkapkan perpindahannya secara pinjaman dari Perak FC ke PDRM.

Begitu pun, khabar angin itu benar selepas perpindahan penyerang berusia 24 tahun itu disahkan oleh pihak pengurusan Sang Saka Biru di laman rasmi Facebook mereka pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Tewas 2 kali di tangan Sang Penyu, Kim Swee letak sandaran di bahu import Brazil

BACA LAGI: [VIDEO] Gagal dalam bola sepak, maruah Kelantan terletak di bahu sepak takraw — Pengurus

WhatsApp Image 2024-09-11 at 11.28.16

Hadi Fayyadh (dua kanan) sah milik Sang Saka Biru. — Facebook/PDRMFC

Menurut hantaran tersebut, Hadi akan kekal bersama pasukan itu secara pinjaman sehingga akhir musim 2024/2025.

"Tidak kira di mana anda berada, anda akan sentiasa disayangi. Selamat kembali," kata pengurusan PDRM dalam satu hantaran video.

Dengan kemasukannya ke skuad kendalian P. Maniam itu, Hadi dijangka tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri kerana dia pernah bersama pasukan itu secara pinjaman pada 2023.

Bersama The Cops sebelum ini, Hadi membantu PDRM menghuni tangga kelapan liga dan bergelar juara MFL Challenge Cup.

Hadi dijangka bersaing dengan Ifedayo Olusegun, Bruno Suzuki, Shahrel Fikri Md Fauzi dan Syakimi Karim untuk merebut slot sebagai penyerang pasukan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram