SEKURANG-KURANGNYA 58 orang dilaporkan maut, manakala 40 lagi hilang di utara Vietnam akibat Taufan Yagi, menurut laporan media tempatan dan antarabangsa pada Selasa.
Dilaporkan, tragedi banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan lebat antara punca kebanyakan mangsa terkorban, manakala hampir 750 orang telah cedera.
Taufan Yagi yang melanda pantai timur laut Vietnam pada Sabtu itu menyebabkan bekalan elektrik bagi berjuta isi rumah dan syarikat terputus, membanjiri jalan raya, mengganggu rangkaian telekomunikasi, meruntuhkan sebuah jambatan dan beribu pokok tumbang, sehingga aktiviti berkaitan ekonomi di pelbagai hab perkilangan terpaksa dihentikan.
BACA LAGI: Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun di UK
BACA LAGI: Wisma Putra ambil maklum kehadiran kapal tentera laut asing di ZEE
Malah, beberapa sungai di utara Vietnam telah meningkat ke paras membimbangkan menyebabkan kampung dan kawasan perumahan ditenggelami air.
Sebuah jambatan Phong Chau berusia 30 tahun yang merentasi Sungai Merah di wilayah utara Phu Tho dilaporkan runtuh pada Isnin.
Siasatan awal mendapati bahawa terdapat lapan kenderaan di atas jambatan tersebut semasa kejadian berlaku.
Pihak berkuasa Vietnam kemudiannya telah melarang atau mengehadkan lalu lintas di jambatan lain di seberang sungai, termasuk Jambatan Chuong Duong di Hanoi.
Taufan Yagi merupakan yang paling kuat di Asia setakat tahun ini. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram