Hanya Zidane boleh ganti Ten Hag walaupun tak reti berbahasa Inggeris


  • Podium
  • Isnin, 09 Sep 2024

Man United masih tidak berputus asa dan masih menginginkan Zidane sebagai pengendali. — Instagram/Zidane

WALAUPUN Zinedine Zidane pernah menolak menjadi ketua jurulatih Manchester United namun legenda bola sepak Perancis itu masih menjadi pilihan pihak pengurusan skuad The Red Devils bagi menggantikan Eric ten Hag.

Harapan sama ada pemegang saham terbesar Man United, Sir Jim Ratcliff berhasil memujuk Zidane bergantung kepada keputusan bekas pemain Real Madrid berkenaan sama ada sudah mengubah fikirannya untuk bekerja di England.

Jurulatih berusia 52 tahun itu tidak mengendalikan mana-mana pasukan sejak meninggalkan Real Madrid buat kali kedua pada 2021, dan laporan mengaitkannya dengan jawatan di United sudah wujud sejak itu.

BACA LAGI: Pemilik Manchester United ada sebab tak pecat Ten Hag

BACA LAGI: Drama temui penamat, United sedia lepaskan Sancho walaupun kena jual murah

Sebelum ini, skuad The Red Devils menghampiri pemenang Piala Dunia 1998 itu berikutan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer pada 2021 namun lamaran Man United ditolak oleh Zidane kerana faktor bahasa.

"Adakah saya mahu pergi ke Manchester United? Saya faham bahasa Inggeris, tetapi saya tidak fasih sepenuhnya. Saya tahu ada jurulatih yang pergi ke kelab tanpa bercakap bahasa di sana, tetapi saya bekerja dengan cara yang berbeza.

"Banyak elemen dimainkan untuk menang, ia adalah konteks global. Saya tahu apa yang saya perlukan untuk menang," katanya memetik laporan media Perancis, L'Equipe pada tiga tahun lalu.

WhatsApp Image 2024-09-09 at 17.06.15

Nasib ten Hag dalam bahaya sama ada kekal atau tidak bersama Man United. — Instagram/MU

Sama ada bahasa Inggeris Zidane sudah bertambah baik atau tidak, ada yang mendakwa jurulatih itu dilaporkan berminat untuk mengambil alih kelab tersebut pada beberapa bulan lalu, iaitu sebelum ten Hag melanjutkan kontraknya.

Selain Zidane, Man United juga dilaporkan mengintai khidmat Thomas Tuchel, Graham Potter dan bekas ketua jurulatih England iaitu Gareth Southgate untuk menggantikan ten Hag.

Ten Hag kini berada di bawah tekanan hebat selepas dua kekalahan dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris pertama United, yang terbaru adalah kekalahan 3-0 di tangan musuh ketat, Liverpool. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram