Singkirkan 'Little Napoleon' peluang terakhir Kedah terus bernafas dalam Liga Super


  • Podium
  • Sabtu, 07 Sep 2024

Masa depan skuad Sang Kenari semakin gelap selepas pelbagai laporan menceritakan isu di sebalik pasukan. — Facebook/KDA FC

SITUASI meruncingkan terus dialami Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila pasukan Utara tanah air itu dilaporkan mengalami masalah kewangan yang semakin menggusarkan.

Berdasarkan laporan terbaru, isu berkenaan menyaksikan pemain Sang Kenari bertindak memboikot sesi latihan untuk dua hari berturut-turut yang pasti merencatkan rancangan pasukan.

Di samping itu, beberapa tonggak dilaporkan mula mendesak untuk meninggalkan kelab tersebut pada jendela perpindahan kali ini setelah kebajikan masing-masing diabaikan.

BACA LAGI: Tidak diterima sebagai pemain, Mat Don tak putus asa 'try' jadi ejen buat Kedah

BACA LAGI: 'Last jumpa awal bulan hari itu je', Irfan Zakaria masih menanti Kedah lunaskan gaji tertunggak

WhatsApp Image 2024-09-04 at 8.43.56 PM

Laporan mengatakan Kedah memasuki fasa bermasalah sejak awal musim lalu.

Situasi tersebut sememangnya sedih untuk ditelan peminat bola sepak tanah air, terutamanya dalam kalangan pengikut Hijau Kuning yang sudah mati akal dalam membantu kelab berkenaan.

Meskipun masing-masing masih bersemangat untuk memberi sokongan, persembahan longlai dalam setiap perlawanan menyebabkan penyokong tidak lagi berminat untuk berkorban demi pasukan.

Selain itu, sikap acuh tak acuh sesetengah individu dalam badan pengurusan kelab menyebabkan KDA FC terus terumbang-ambing dalam pelbagai aspek di dalam mahupun di luar padang.

Ketiadaan penaja utama, tiada hala tuju jelas serta masalah tunggakan gaji merupakan antara perkara dibangkitkan penyokong yang sudah tentu mengharapkan perkara terbaik buat pasukan.

2071351

Daud Bakar tidak wajar dipersalahkan secara total atas perkara itu. Facebook/KDA FC

Namun, persoalannya, adakah wajar bagi orang ramai menuding jari ke arah pemilik kelab, Tan Sri Mohd Daud Bakar atas masalah tidak berpenghujung ini atau terdapat pihak lain yang sebenarnya bertanggungjawab?

Hasil selidikan Majoriti terhadap sumber dalam kelab mendapati terdapat seorang individu yang seakan-akan mengawal pelbagai perkara di sebalik tabir.

Meskipun ada segelintir penyokong tegar yang mengetahui perkara berkenaan, pendedahan terbuka hanya akan merumitkan keadaan selain menyukarkan harapan untuk mengembalikan Kedah ke tahap sebenar.

Pihak itu dilaporkan sering mengganggu proses perolehan penaja serta kerja-kerja menandatangani pemain baharu kerana dia menggagalkan usaha pihak atasan.

300px-Jacques-Louis_David_017

Napoleon merupakan seorang diktator yang amat dikenali seluruh dunia. Agensi

Malah, dia juga wajar dilabel sebagai 'Little Napoleon' kerana mengawal proses pasukan di sebalik tabir seperti mana pernah dibuat diktator Perancis itu beratus tahun dahulu.

Isu berkenaan juga dibangkitkan beberapa laman pengikut Kedah di Facebook yang mahu menyaksikan individu atau parasit itu supaya segera meninggalkan pasukan.

"Buang juga kroni dalam pengurusan yang 'makan' keuntungan tepi sekiranya terdapat pemain yang menyertai pasukan," kata Penyokong Setia Hijau Kuning.

Meskipun kesemua luahan berkenaan hanya satu dakwaan, bukti dan perkongsian 'off record' sedikit sebanyak menunjukkan campur tangan individu tersebut meranapkan pasukan.

Sekiranya Kedah mahu bergerak ke hadapan, 'diktator kerdil' itu perlu diusir segera dan digantikan seseorang lebih berkebolehan dalam menguruskan pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram