Tidak diterima sebagai pemain, Mat Don tak putus asa 'try' jadi ejen buat Kedah


  • Podium
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Liridon meluangkan lima tahun bersama skuad Sang Kenari sebelum berkelana ke Melaka United pada 2019. — Instagram/MatDon

PEMAIN naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi atau lebih mesra disapa Mat Don itu masih menunjukkan sayangnya terhadap bekas kelab yang menaikkan namanya iaitu Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Kasih sayang Liridon terhadap Kedah dapat ditunjukkan apabila dia mencadangkan agar pasukan berpangkalan di Utara tanah air itu untuk merekrut seorang pemain luar negara bagi mengisi posisi sebagai perancang.

Cadangan itu dikemukakan dalam satu hantaran di Insta Story peribadinya baru-baru ini, Liridon dilihat memuat naik gambarnya bersama pemain yang dikenali sebagai Nader El-Jindaoui.

BACA LAGI: Makin kritikal, tak cukup boikot latihan, khabarnya pemain nekad tinggalkan Sang Kenari

BACA LAGI: 'Semua gambar Google rai gol', fans tak sabar tunggu perubahan 'besar' Harimau Kumbang

"Kedah Darul Aman FC, saya ada pemain di posisi nombor 10 yang sesuai untuk Kedah," katanya pada hantaran tersebut.

Hasil semakan Majoriti, El-Jindaoui merupakan pemain kelahiran Jerman yang kini berstatus ejen bebas. Kelab terakhir pemain itu adalah Hertha BSC II, sebuah pasukan yang beraksi di divisyen keempat Jerman.

Usaha dari pemain berusia 32 tahun itu memberi cadangan pemain kepada Kedah mendapat pujian penyokong dan pastinya ia dilakukan kerana tidak sanggup melihat prestasi Sang Kenari terus merudum.

Bukan hanya membawa watak sebagai ejen pemain untuk Sang Kenari, Liridon juga sebelum ini pernah mendedahkan sanggup menyarung jersi skuad Hijau Kuning tanpa meminta apa-apa bayaran.

"Telefon saya tidak berdering, saya amat bercita-cita untuk pulang. Saya sanggup beraksi tanpa bayaran gaji kerana saya hanya mahu membantu, inilah masa untuk Kedah kembali bersinar," katanya.

WhatsApp Image 2024-09-06 at 12.07.11 (1)

Tangkap layar perkongsian dari Liridon.

Kenyataannya untuk bermain tanpa gaji itu pastinya dibuat selepas melihat pasukan Hijau Kuning masih bergelut dengan masalah kewangan sehingga merosakkan prestasi senasa mereka.

Liridon boleh dilabel sebagai import kesayangan penyokong Hijau Kuning apabila dia pernah menjadi wira Sang Kenari susulan beraksi buat kelab tersebut selama lima tahun bermula 2015.

Pemain kelahiran Kosovo itu kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kali terakhir beraksi dalam Liga Super buat Terengganu FC secara pinjaman dari JDT musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram