Makin kritikal, tak cukup boikot latihan, khabarnya pemain nekad tinggalkan Sang Kenari


  • Podium
  • Rabu, 04 Sep 2024

Sang Kenari dalam perlawanan sebelum ini terpaksa akur apabila tewas 1-3 kepada wakil Indonesia, Malut United FC dalam aksi Persahabatan Antarabangsa Tier-2 Nusantara Challenge. — Facebook/KDAFC

"KEDAH Darul Aman FC kini kritikal?"

Itulah bayangan yang kini dilihat menghantui kelab yang berpangkalan di Utara tanah air itu.

Selain terpaksa berputih mata apabila kehilangan beberapa pemain seperti Habib Haroon dan Fikri Che Soh, kini Sang Kenari sekali lagi 'dihukum' apabila barisan pemain KDA FC memboikot sesi latihan pasukan tersebut.

BACA LAGI: 'Semua gambar Google rai gol', fans tak sabar tunggu perubahan 'besar' Harimau Kumbang

BACA LAGI: Tekong kini boleh 'terbang', ISTAF cadang peraturan baharu bulatan servis

padang kedah

Barisan pemain Sang Kenari mengambil keputusan untuk memboikot sesi latihan Kedah Darul Aman.

Menerusi perkembangan terbaharu yang dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Fina Nasrom mendedahkan situasi semasa yang kini dialami Sang Kenari.

"Kedah Darul Aman FC kritikal, hari ini (Rabu) memasuki hari kedua pemain Kedah boikot latihan.

"Difahamkan, sepanjang 2024, pemain hanya dibayar gaji sebulan setengah sahaja, itu pun secara ansuran.

"Selepas Habib Haroon dan Fikri Che Soh, ramai lagi pemain bakal tinggalkan Kedah, lebih parah Kedah masih dalam transfer ban," katanya di laman X pada Rabu.

Sebelum ini, pemain pertahanan Sang Kenari, Irfan Zakaria memberikan isyarat mengenai permasalahan gaji Kedah yang belum lagi selesai.

Irfan berkongsikan sebuah imej karikatur sedang mencari gaji yang tidak kunjung tiba.

Jelas sekali, bukan Irfan saja, malah pemain-pemain Kedah lain masih terjejas dengan isu kewangan melibatkan kelab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram