Wolfsburg idam bintang JDT, Selangor tapi lebih rela pilih Gergasi Merah saingi Harimau Selatan


  • Podium
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Ken Hew berkongsi minatnya untuk melihat pemain kebangsaan bermain bersama Wolfsburg. — Facebook/FAM

SEJAK melebarkan sayap di Malaysia pada 30 Ogos 2023, pasukan gergasi Jerman iaitu VFL Wolfsburg sedang mencari rakan-rakan kongsi dari pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang mampu untuk bersama-sama membina kem-kem untuk pembangunan akar umbi.

Pejabat Wolfsburg yang bertempat di Menara Matrade, Kuala Lumpur bagi mempromosikan program teknikal dan perniagaan ke perniagaan (B2B) berkaitan bola sepak di rantau ini.

Ketua Wakil Wolfsburg Asia Tenggara, Ken Hew memberitahu, setiap pasukan yang ingin berkolaborasi dengan mereka seharusnya mempunyai visi dan misi yang sama dalam meningkatkan kemajuan bola sepak negara ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Terlepas aksi sulung bersama Wolfburg angkara 'flight delay', Qaseh Rania tak patah semangat, sanggup main posisi lain

BACA LAGI: [VIDEO] Sebelah kaki ke Jerman, anak muda Puchong membara sarung jersi Harimau Malaya

Tidak ingin menyebut mana-mana pasukan impian dalam saingan Liga Malaysia untuk menjalinkan kerjasama namun sebuah kelab yang mempunyai kewangan kukuh perlu menjadi syarat untuk bekerjasama.

"Setakat ini belum ada kolaborasi dengan siapa-siapa di Malaysia. Kita harap boleh berkolaborasi dengan man-mana pasukan. Baik dari pasukan wanita, satu skuad dari akar umbi dan satu juga untuk pasukan lelaki.

"Personally saya berharap dari pasukan Malaysia akan ada satu untuk berkolaborasi, saya nampak ada pasukan yang boleh bergabung dengan mereka. Kita perlu pasukan yang ada kemampuan dari segi pengurusan dan ada dana," katanya kepada Majoriti.

Ken Hew berharap untuk berkolaborasi dengan pasukan yang boleh mencabar kemasyhuran dan kejuaraan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga M untuk meningkatkan taraf bola sepak tanah air.

WhatsApp Image 2024-09-06 at 21.50.03

Ketua Wakil Wolfsburg Asia Tenggara, Ken Hew (kanan).

Harimau Selatan yang baru sahaja mempertahankan kejuaraan Piala FA tahun ini sudah mencipta pelbagai nama di peringkat antarabangsa dan antaranya ialah menjadi satu-satunya pasukan Malaysia memenangi Piala AFC.

"Dari perspektif bola sepak, kita perlukan pasukan yang boleh tandingi JDT. Ini bukan kerana kita membenci JDT atau nak tumbang. JDT dah set standard yang tinggi dalam Malaysia.

"Saya nak satu pasukan yang boleh mencabar JDT, jadi ini meningkatkan taraf bola sepak. Saya nak satu pasukan yang boleh mencabar JDT. Saya tak boleh sebut mana-mana pasukan tapi kalau nak sebut Selangor ada keupayaan itu.

"Selangor antara pasukan yang boleh buat peningkatan untuk meneruskan bola sepak secara menyeluruh. Kami nak buktikan yang kami boleh pasukan yang ada boleh melawan dan pemain mereka boleh bermain di peringkat tertinggi bersama Wolfsburg," ujarnya.

WhatsApp Image 2024-09-06 at 21.43.35

JDT dinobatkan sebagai juara Piala FA 2024. — Facebook/JDT

Dalam pada itu, Ken Hew juga berkongsi berminat untuk melihat pemain kebangsaan bermain bersama kelab gergasi Bundesliga tersebut bagi memberi pendedahan antarabangsa.

Enggan mendedahkan nama yang diharap untuk beraksi bersama Wolfsburg namun seorang pemain dari Selangor FC dan skuad Harimau Selatan dilihat mempunyai potensi beraksi di luar negara.

"Di Malaysia ada, mereka perlu pendedahan antarabangsa. Mereka ada 'umph' tapi mereka perlu berani. Yang penting sekali mereka perlu ada platform untuk pergi.

"Saya tak nak sebut nama, risau macam bagi harapan. Satu dari Selangor dan satu dari JDT. Mereka akan beraksi baik jika main di Eropah, mereka dah ada natural skill. Tapi mereka perlu pendedahan di luar negara untuk memperbaiki diri," tutup bicaranya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram