BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang menjaringkan 900 gol sepanjang zaman.
Penyerang Al Nassr itu meledak gol ke-900 dalam kariernya ketika membantu Portugal menewaskan Croatia 2-1 dalam perlawanan pertama Liga Negara-Negara UEFA pada Jumaat.
Portugal membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi bek kanan Manchester United, Diogo Dalot sebelum Ronaldo mencetak gol kemenangan selepas menyempurnakan hantaran lintang Nuno Mendes pada minit ke-34.
BACA LAGI: Cuba pertahan emas powerlifting Paralimpik, Bonnie waspada ancaman peserta Mesir, Itali
BACA LAGI: Arif Aiman, Matt Davies sampai tercungap-cungap kejar, fans mahu Gergasi Merah sign 'Messi Filipina'
Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan di Facebook itu, jelas terpancar kegembiraan di wajah bekas legenda Manchester United itu.
Dengan jumlah gol sebanyak itu, Ronaldo kini jauh meninggalkan pesaing lamanya, Lionel Messi yang ketika ini memiliki 838 gol dicipta untuk kelab dan pasukan kebangsaan Argentina.
Legenda Harimau Malaya, Allahyarham Mokhtar Dahari juga tersenarai dalam kelompok lima penyerang dunia terbaik dengan 89 gol.
Untuk rekod, pemain berusia 39 tahun itu kini telah menjaringkan 131 untuk Portugal, manakala dia juga telah menjaringkan gol di peringkat kelab untuk Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid, Juventus dan kelab semasa Al-Nassr.
Portugal dan Croatia diletakkan dalam Kumpulan A1 dalam edisi terbaru Liga Negara-Negara bersama Poland dan Scotland.
Portugal akan meneruskan cabaran Kumpulan A1 menentang Scotland di Lisbon pada Ahad. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram