Cristiano Ronaldo kenang jasa rakan lepas jaring 900 gol sepanjang karier


  • Podium
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Cristiano Ronaldo telah menjadi pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang menjaringkan 900 gol sepanjang zaman. — Instagram/Cristiano

BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang menjaringkan 900 gol sepanjang zaman.

Penyerang Al Nassr itu meledak gol ke-900 dalam kariernya ketika membantu Portugal menewaskan Croatia 2-1 dalam perlawanan pertama Liga Negara-Negara UEFA pada Jumaat.

Portugal membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi bek kanan Manchester United, Diogo Dalot sebelum Ronaldo mencetak gol kemenangan selepas menyempurnakan hantaran lintang Nuno Mendes pada minit ke-34.

BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum kena tangkap, pemandu bas sempat 'bela diri' kononnya dah jumpa ibu bapa 'crush'

BACA LAGI: 'Messi Filipina', Jefferson Tabinas antara 3 pemain wajar disambar kelab Liga Super

Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan di Facebook itu, jelas terpancar kegembiraan di wajah bekas legenda Manchester United itu.

Dengan jumlah gol sebanyak itu, Ronaldo kini jauh meninggalkan pesaing lamanya, Lionel Messi yang ketika ini memiliki 838 gol dicipta untuk kelab dan pasukan kebangsaan Argentina.

Untuk rekod, pemain berusia 39 tahun itu kini telah menjaringkan 131 untuk Portugal, manakala dia juga telah menjaringkan gol di peringkat kelab untuk Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid, Juventus dan kelab semasa Al-Nassr.

Namun di sebalik kejayaan Ronaldo pada hari ini ada seorang insan yang mengorbankan masa depannya untuk legenda Portugal itu.

Individu itu ialah rakan Ronlado, Albert Fantrau yang memberi jalan buat pemain berusia 39 tahun itu menyertai Akademi Sporting Lisbon.

"Saya sangat berterima kasih kepada kawan lama saya Fantrau untuk kejayaan saya ini. Kami bermain bersama dalam kejohanan Bawah-18 Tahun (B-18).

"Apabila pengurus Akademi Sporting Lisbon berjumpa kami, dia kata sesiapa yang menjaringkan banyak gol akan menyertai akademi Sporting Lisbon.

"Kami menang 3-0 dalam perlawanan itu. Saya menjaringkan gol pertama kemudian Albert menjaringkan gol kedua melalui satu tandukan yang menakjubkan. Tetapi gol ketiga adalah sesuatu yang memberi kesan kepada kami berdua.

"Albert berhadapan dengan penjaga gol secara satu lawan satu dan dia menggelecek dan melepasi penjaga gol dan ketika itu saya berlari betul-betul di hadapannya.

"Perkara yang dia perlu lakukan ketika itu adalah menjaringkan gol tetapi dia menghantar bola tersebut kepada saya dan kemudian menjaringkan gol ketiga sekali gus melayakkan saya ke Akademi Sporting Lisbon.

"Selepas perlawanan saya berjumpa degannya dan saya katakan kepadanya, 'Kenapa (berbuat demikian) dan dia membalas, Awak lebih bagus daripada saya".

"Ramai wartawan yang datang ke rumah Albert dan tanya kepadanya adakah benar cerita itu. Dia kata, ya. Dia juga berkata yang kariernya sebagai pemain bola sepak tamat dan sekarang dia menganggur.

"Tetapi bagaimana kamu dapat bina rumah yang megah dan mempunyai kereta?, kamu seperti seorang yang kaya.

"Kamu juga menanggung keluarga kamu jadi dari mana kamu dapat semua ini? Dan Albert dengan bangganya berkata, Semua ini daripada Ronaldo!," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram