Dinding konkrit DUKE runtuh dirempuh lori, hempap kereta bawah lebuh raya


  • 112
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Sebuah kereta mengalami kerosakan terkena serpihan penghadang Lebuh Raya Duke, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

POLIS mengesahkan menerima laporan berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori merempuh penghadang jalan di Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (DUKE), Kuala Lumpur pada Jumaat (6 September).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari, berkata rempuhan itu menyebabkan sebahagian dinding terhempas ke atas sebuah kereta yang diletakkan di bawah lebuh raya.

“Tiada kehilangan nyawa dilaporkan,” katanya.

BACA LAGI: 'Messi Filipina', Jefferson Tabinas antara 3 pemain wajar disambar kelab Liga Super

BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum kena tangkap, pemandu bas sempat 'bela diri' kononnya dah jumpa ibu bapa 'crush'

Pada Jumaat, gambar kejadian itu dimuat naik dalam media sosial menunjukkan bahagian pembahagi jalan di atas sebuah kereta di bawah lebuh raya.

“Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sentul ada menerima maklumat berkaitan sebuah lori melanggar tembok penghadang jalan di atas Lebuh Raya DUKE. — The Star/JUSTIN ZACK