TULAR sebuah video seorang lelaki dipercayai terkena serangan jantung ketika bermain badminton sehingga membuatkan orang ramai di sekitar kawasan kejadian menjadi panik.
Menerusi video yang dikongsikan oleh LM Prado di Facebook memaparkan individu terbabit rebah di atas lantai dan disyaki terkena sawan akibat serangan jantung sebelum seorang individu cuba membantu untuk melakukan proses bantuan pernafasan (CPR).
Individu itu terus meluru ke arah mangsa dan duduk di atas badan untuk melakukan bantuan pernafasan dengan segera.
BACA LAGI: 'Messi Filipina', Jefferson Tabinas antara 3 pemain wajar disambar kelab Liga Super
BACA LAGI: 'Ada pemain dah buat aduan', PFAM akan beri notis buat KDA FC
Manakala orang lain yang berada di sekitar kawasan kejadian pula dilihat cuba membantu untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
Ketika individu yang cuba membantu itu sedang membuat CPR, mangsa dilihat tidak bergerak.
Disebabkan tindakan individu yang cuba membantu itu, orang ramai meninggalkan komen tidak bersetuju dengan cara bantuan yang diberikan.
Malah ada juga yang mendakwa kesalahan individu itu dalam memberikan bantuan pernafasan boleh menyebabkan kematian.
"Kalau orang itu mati, yang salah adalah orang yang beri CPR itu sebabnya cara dia buat CPR salah. Kedua sawan tak perlu buat CPR, lagi akan menjadi bahaya," kongsi Aidil Stylo.
"Orang tengah fitting tak boleh buat CPR, kena stabilize airways, breathing dan circulation dulu," ujar Ahmad L M Yusoff.
"Jangan pernah buat CPR dengan posisi macam itu, sentiasa periksa badan dari tepi periksa nadi dan pernafasan," jelas Ferdinal Rais. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram