PELARI maraton Olimpik dari Uganda, Rebecca Cheptegei meninggal dunia pada Khamis, beberapa hari selepas disiram petrol dan dibakar oleh teman lelakinya di Kenya.
Media antarabangsa melaporkan, Cheptegei yang bertanding di Sukan Olimpik Paris, melecur pada badannya sebanyak 80 peratus dalam satu serangan di kediamannya pada Ahad.
Pembunuhan tersebut menjadikannya atlet wanita ketiga yang dibunuh di Kenya sejak Oktober 2021.
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara dipaksa bertanding masa sakit kaki, gimnas 14 tahun pernah hampir cedera parah
BACA LAGI: Paris 2024: Gimnas muda negara berguru dengan ‘King Kohei’ di Jepun
La maratón de mujeres de esta mañana fue preciosa. Es la primera vez que se les da a ellas el protagonismo y honor de cerrar los JJOO con un recorrido que, a su vez, fue homenaje a la Marcha sobre Versailles (1789) que iniciaron las mujeres protestando por falta de pan y derechos pic.twitter.com/C49I8ACAvA
— Diana Carolina Mejía (@baudeleriana) August 11, 2024
Pelari berusia 33 tahun yang menduduki tempat ke-44 ketika kejohanan di Paris itu dimasukkan ke hospital di bandar Eldoret di Lembah Rift Kenya selepas serangan berkenaan.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Klinikal di Moi Teaching and Referral Hospital memberitahu Reuters, Cheptegei meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi selepas organ tubuhnya gagal berfungsi.
"Laporan penuh mengenai kematiannya akan dikeluarkan pada Khamis.
"Tragedi ini adalah peringatan yang jelas bahawa kita mesti melakukan lebih banyak lagi untuk memerangi keganasan berasaskan jantina dalam masyarakat kita," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, Persekutuan olahraga Uganda turut meminta keadilan untuk kematian Cheptegei.
Menteri Negara Uganda untuk sukan, Peter Ogwang berkata, pihak berkuasa Kenya sedang menyiasat pembunuhan itu, yang menarik perhatian kepada keganasan yang dialami oleh wanita di negara Afrika Timur itu.
Hampir 34 peratus gadis dan wanita Kenya berusia 15 hingga 49 tahun mengalami keganasan fizikal, menurut data kerajaan dari 2022, dengan wanita yang berkahwin berada pada risiko yang lebih tinggi.
Kajian 2022 mendapati bahawa 41 peratus wanita berkahwin menghadapi keganasan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram