SUKAN memanah kian dipandang tinggi hari ini apabila ia turut dipertandingkan dalam temasya Olimpik dan Paralimpik memandangkan acara itu sudah dikenali ramai.
Sekiranya dahulu ia hanya digunakan di medan perang, memanah kini menjadi sukan yang dapat mengukur tumpuan seseorang dalam memastikan anak panah dilepaskan tepat mengenai sasaran.
Jadi, tidak hairanlah apabila sukan itu sudah didedahkan kepada golongan muda sejak kecil lagi dengan pendekatan sama sudah diambil ibu bapa dalam negara.
BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum raih pingat emas acara memanah, atlet Olimpik Korea Selatan terpaksa 'berperang' dengan lebah
BACA LAGI: Dianggap underdog di Olimpik 2024 Paris, trio memanah wanita negara idam kejutkan juara bertahan
Pendedahan sebegitu jelas membuahkan hasil apabila baru-baru ini, tular satu video pendek memaparkan dua pemanah cilik mempamerkan kepantasan dalam sukan berkenaan.
Dalam satu video dimuat naik Fathim Ridayu, kedua-dua anak muda tersebut berjaya mengejutkan pemanah dari Eropah dalam permainan yang menguji kepantasan.
Salah seorang daripadanya ialah Abdurrahman yang bersaing dengan seorang wanita dari Finland dikenali sebagai Enni dengan perbezaan ketara dapat disaksikan dari segi usia antara kedua-dua mereka.
Namun, Abdurrahman jelas tidak terkesan dengan cabaran tersebut apabila dia berjaya melepaskan kesemua enam anak panah terlebih dahulu yang kesemuanya tepat mengenai sasaran.
Dia kemudian diikuti seorang lagi pemanah muda dikenali sebagai Heba yang bersaing dengan pemanah Perancis, Flora yang masing-masing juga diberikan enam anak panah.
Sukan memanah terus meraih perhatian apabila turut dipertandingkan dalam temasya Olimpik. — Agensi
Sekiranya diperhatikan sebelum persaingan dimulakan, kelebihan jelas berpihak kepada Flora yang lebih tinggi dan pastinya berpengalaman berbanding pesaingnya itu.
Bagaimanapun, seperti dipamerkan Abdurrahman, Heba tidak tertekan apabila dia juga menghabiskan kesemua enam anak panah terlebih dahulu dengan kesemua daripadanya tepat mengenai sasaran.
Video itu diakhiri dengan sekeping foto yang dimuat naik berserta kapsyen 'Klinik Bersama Anna Minkinnen' dengan Abdurrahman sedang menunggang kuda sambil Heba berada di sisinya.
Jika pendedahan terus diberikan kepada kedua-dua anak muda berkenaan, tidak mustahil bagi mereka mewakili negara pada masa akan datang terutamanya dalam saingan Olimpik.
Melihat kepada penyertaan skuad memanah negara dalam temasya tersebut, masih terlalu sukar untuk peserta memberikan saingan hebat kepada pesaing lain yang lebih berbakat serta diberikan tunjuk ajar lebih lengkap. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram