GIMNASTIK boleh dianggap sebagai salah satu sukan cukup mencabar apabila pesertanya perlu memiliki daya ketahanan serta kekuatan untuk bergerak dengan elegan di hadapan juri dan penonton.
Meskipun ramai beranggapan gerakan mereka tidak begitu sukar berbanding sukan lain, latihan ekstrem perlu dihadapi atlet dalam acara itu menepis segala dakwaan berkenaan.
Namun, bagi bekas gimnas dari Amerika Syarikat, Dominique Moceanu, cabaran besar terpaksa ditempuhi dalam kariernya sehingga membuatkannya mengalami mimpi ngeri daripada sukan kegemarannya itu.
Ketika masih berumur 14 tahun, dia dipaksa menyertai Temasya Olimpik 1996 yang diadakan di Atlanta walaupun mengalami kecederaan tulang tibia di kaki kanannya.
Penyertaan berkenaan jelas mengundang padah apabila dia hampir terjatuh ketika melakukan aksi selak belakang, namun sempat berpaut sebelum mengalami kecederaan lebih serius.
BACA LAGI: Paris 2024: Gimnas muda negara berguru dengan ‘King Kohei’ di Jepun
In 1996, at the age of 14, Dominique Moceanu, who had a tibia injury, was forced to compete in the Atlanta Olympics. pic.twitter.com/fcJ8AfQamR
— Historic Vids (@historyinmemes) February 12, 2024
BACA LAGI: Farah Ann akhiri karier di lantai gimnastik
Hal itu berpunca akibat desakan media dan pelbagai pihak yang memaksanya untuk bersaing meskipun kakinya masih belum sembuh dan dia terpaksa beraksi dengan balutan kaki.
Bagaimanapun, insiden berkenaan berlaku ketika acara berkumpulan, sekali gus memberi peluang buat pasukan Amerika Syarikat bangkit mengumpul mata.
Kesempatan tersebut mudah diambil apabila rakan sepasukan Moceanu, Kerri Strug menampilkan persembahan lebih baik yang menghadiahkan pingat emas buat mereka.
Namun, insiden dialami atlet muda itu jelas memberi tamparan kecil terhadap kariernya kerana dia gagal kembali ke prestasi terbaik pada tahun berikutnya.
Perubahan jurulatih menyaksikannya mendapatkan rentak sekali lagi setelah membawa pulang pingat emas dalam kategori all-around daripada Sukan Goodwill 1998 yang diadakan di New York.
Kini, Moceanu yang sudah berusia 42 tahun tidak lagi bersaing dalam sukan gimnastik apabila memilih untuk menjadi jurulatih di gimnasium peribadinya.
Meskipun sudah lebih 20 tahun insiden itu berlaku, kesukaran terpaksa dihadapinya sukar dilupakan dengan orang ramai melabelnya sebagai antara momen paling mendebarkan dalam sukan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram