Fun Archery bukan sekadar suka-suka, mampu rawat ketagihan gajet


  • Hobi
  • Selasa, 28 Feb 2023

Aktiviti memanah boleh dijadikan sebagai hobi pada masa lapang dan sesuai untuk kanak-kanak mengasah bakat.

TERDAPAT pelbagai pilihan aktiviti fizikal yang boleh dilakukan bagi mengisi masa lapang selain daripada perlu ‘mengadap’ telefon pintar.

Salah satunya ialah dengan melibatkan diri dalam acara sukan memanah. Aktiviti sebegitu sesuai untuk dilakukan bagi mendidikan individu agar lebih fokus dan aktif.

Meskipun secara mata kasar, memanah tidak dilihat sebagai sukan yang memerlukan banyak bergerakan seperti bermain bola sepak, badminton atau rugbi.

Bagaimanapun memanah sebenarnya turut memerlukan kekuatan otot tangan, badan dan kaki bagi membolehkan pemain menarik tali busur atau bow dengan kuat.

majoriti2023 (16)

Sebahagian daripada peserta FA yang menyertai pertandingan memanah pada 2019.

Natijahnya, anak panah yang dilepaskan akan bergerak lebih jauh dan pantas sekali gus tepat mengenai sasaran.

Sehubungan itu, sebuah pusat memanah, Fun Archery (FA) di Seksyen 22, Shah Alam, Selangor menawarkan keriangan sambil bermain secara dalam bangunan.

Bersesuaian dengan musim cuti sekolah, FA turut memberi peluang khususnya kanak-kanak untuk bermain.

Menurut pemiliknya, Harlisa Rozikin atau Lisa, 41, yang juga bekas atlet memanah wakil negeri Selangor, membuka pusat latihan sukan terbabit bagi kanak-kanak seawal empat tahun hingga remaja.

majoriti2023 (15)

Pusat FA dibuka sejak 2015 khusus untuk pusat memanak kanak-kanak seawal usia empat tahun.

Katanya, aktiviti sebegini dapat membantu kanak-kanak terlibat dengan aktiviti fizikal dan tidak fokus kepada permainan gajet.

“Sebilangan ibu bapa menghantar anak mereka ke sini untuk menggalakkan anak-anak agar lebih bergaul dan mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

“Selain daripada suka-suka, aktiviti sebegini turut dapat membantu mengenal pasti pelapis muda untuk serius dalam sukan ini dan seterusnya dapat terlibat di kejohanan peringkat lebih tinggi seperti negeri atau negara,” katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-02-26 at 9.49.27 PM

Lisa (tengah) bersama barisan peserta yang menjadi pelajarnya.

Pusat FA menawarkan dua pilihan iaitu Fun Shooting dan Academy. Bagi Fun Shooting, peserta boleh memilih jumlah anak panah yang ditawarkan antaranya 12 batang pada harga RM10, 24 batang (RM18) dan 36 batang (RM24).

Sementara itu, bagi Academy pula, peserta akan menjalani sesi latihan mengikut kemahiran dan kekuatan masing-masing termasuk kelayakan menyertai sebarang pertandingan memanah.

majoriti2023 (17)

Bagi yang ingin terlibat dalam aktiviti memanah secara serius, peserta akan dibawa menjalani latihan secara intensif di padang.

“Kami akan memberikan latihan secara teknikal kepada peserta yang serius dengan sukan ini. Kebanyakan mereka yang menyertai Academy mempunyai sasaran dalam sukan memanah.

“Tidak mengira sama ada berazam untuk mewakili sekolah, daerah, negeri dan ke peringkat yang lebih tinggi. Kami juga akan melakukan latihan intensif kepada peserta di padang.

“Ini kerana jarak yang kami miliki sekitar 18 meter iaitu dari tempat melepaskan panahan hingga ke medan sasaran,” jelasnya mula membuka premis terbabit sejak 2015.

Lisa yang berkelulusan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga pernah menyertai sukan Sukma 2000 dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah jemputan selama setahun di Institut Sains Sukan Korea, Seoul, Korea Selatan pada 2008. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram