Pemanah tradisional bertarung sempena acara memanah 3D Malaysia 2024 di Rembau


  • Hobi
  • Rabu, 31 Jul 2024

Acara tahun ini mencatatkan rekod penyertaan pemanah tradisional yang memilki kemahiran yang hebat.

LEBIH 300 pemanah menyertai Cabaran Memanah 3D Malaysia 2024 (M3DAC24) yang dianjurkan di kawasan luar bandar Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Acara tahun ini mencatatkan rekod penyertaan pemanah tradisional yang tinggi dengan memilki kemahiran yang hebat.

Penganjur Baharuddin Mohd Ali berkata, penyertaan peserta terpaksa dihadkan kepada 300 orang bagi memastikan keselamatan dan kelancaran acara.

BACA LAGI: [VIDEO] Air mata di bumi Paris, trio memanah wanita sekadar tempat kedua tercorot

BACA LAGI: Atlet Malaysia terima durian runtuh, RM2 juta habuan pemenang pingat emas pertama

Archers are making their way to the 3D course.

Pemanah menuju ke kursus 3D. — The Star

Menurutnya, peningkatan minat terhadap acara 3D terus berkembang setiap tahun.

"Seorang pemanah bertuah memenangi sasaran 3D dengan ganjaran bernilai RM7,000 diberikan oleh penaja acara.

"Para peserta mengharungi kesukaran yang mencabar di mana terdapat 20 'check point' yang dibahagikan kepada dua zon.

"Mereka perlu bergerak mengikut arah jam dan mensasarkan sasaran 3D yang diletakkan pada jarak hingga 45 meter tanpa tanda," katanya.

Cabaran tambahan ialah ketinggian sasaran yang berbeza-beza, memerlukan ketepatan dan kemahiran.

"Kami mempunyai gabungan kebolehan yang baik di sini.

A Barebow archer is taking his shot while his group mate watches on.

Seorang pemanah Barebow membidik sasaran sambil seorang lagi memerhati. — The Star

"Pemanah berpengalaman suka berkongsi pengetahuan mereka dengan pemanah baru, terutama dalam menilai jarak.

"Di setiap pos pemeriksaan, pemanah bergilir-gilir menembak tiga anak panah. Markah dikira dan disahkan oleh ketua kumpulan sebelum ditandatangani.

"Setelah selesai dengan 10 pos pemeriksaan pertama, proses ini diulang untuk zon kedua," kata Baharuddin.

Pada bahagian Barebow, pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya sangat sengit.

Archers retrieving their arrows.

Pemanah mengambil anak panah yang tersangkut dalam sasaran 3D. — The Star

Zubir Mahadirasat dan Azmal Aspari Anwar dari Dewan Bandaraya KL menduduki tempat teratas dengan markah masing-masing 390 dan 372 mata.

Pemain kegemaran kejohanan, Sheikh Hassan Sheikh Hussin dari Pahang, mendapat tempat ketiga dengan markah 370 mata.

Dia yang baru pulang dari Indonesia merangkul kemenangan di kejohanan 3D antarabangsa.

M3DAC24 adalah salah satu daripada beberapa acara memanah 3D yang dianjurkan oleh Baharuddin. — The Star/SAM CHEONG

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram