[VIDEO] Pilih silambam sebab dengar cakap bapa, atlet 14 tahun SUKMA buat seluruh Batang Kali bangga


  • Podium
  • Selasa, 27 Ogos 2024

Ishwaria Devi (kiri) menghadiahkan kontinjen Selangor pingat gangsa dalam acara Silambam.

ACARA sukan Silambam yang berlangsung pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak baru-baru ini menyaksikan berlaku kejutan apabila atlet muda berusia 14 tahun berjaya merangkul pingat gangsa.

Ishwaria Devi Ramanathan nama diberi, pastinya bukan mudah bagi seorang pelajar sekolah biasa untuk bersaing dengan wakil atlet daripada sekolah sukan.

Nampak mustahil tapi tidak bagi atlet muda yang kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali (SEMBAKA), Selangor di bawah pentadbiran Pengetua Cemerlang DG54, Hanishah Mohd.

BACA LAGI: Aidil Sharin kekal ‘cool’ dengan peningkatan The Cats

BACA LAGI: Tak kejar minit permainan, ayah mahu Nur Rania Iman fokus kutip pengalaman, dapat sarung jersi Selangor

Sebelum menyertai acara tersebut, menurut ibunya, Amutha Subramaniam,52, mengatakan bahawa mereka tidak meletak sebarang sasaran pingat.

"Kalau nak tengok kejohanan peringkat tertinggi, ini merupakan kali pertama Ishwaria sertai, jadi kami memang berbangga dengan pencapaian tersebut.

"Jadi, bila dia dapat gangsa tu memang gembiralah sebab kalau nak tengok number of experience dia ni kira baru lagi. So the next one we try to achieve higher lah," katanya kepada Majoriti.

Menurut ibunya lagi, Ishwaria yang juga mesra dengan panggilan Ishu itu turut meminati sukan memanah namun ayahnya memberi dorongan untuk dia menyertai sukan Silambam.

"Dia sebenarnya minat sukan memanah tapi ayah dia suruh dia belajar Silambam juga dan dia pun cubalah, jadi Silambam dia join, memanah pun dia ada belajar juga dekat sekolah," ujarnya.

WhatsApp Image 2024-08-27 at 16.01.38

Ishwaria bersama jurulatihnya berlatih sebelum memulakan saingan.

Di samping itu, Amutha yang juga merupakan warga pendidik itu turut berkongsikan kata-kata semangat yang menjadi dorongan untuk anaknya yang berusia 14 tahun itu.

"Biasa saya punya slogan tu satu saja, do your best. Apa saja keputusan saya terima sebab saya tak nak bagi tekanan dekat dia.

"Nanti kalau kita tekan sangat nanti dia nak main pun dia tak ada apa, energy kan. Jadi saya memang fully support dia daripada belakang.

"So our main thing is do your best. So the first time pun dia dah dapat achieve pingat gangsa, saya sangat gembiralah," kongsinya pula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram