[VIDEO] Tangisan Faisal Halim bersama Sultan Selangor undang sebak fans Merah Kuning Sampai Mati


  • Podium
  • Ahad, 18 Ogos 2024

Faisal yang mesra dengan panggilan Mickey berjaya hampir meledak jaringan tetapi beberapa percubaan dari pemain itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Pilihan Singapura.

TANGISAN Muhammad Faisal Halim sebelum perlawanan Piala Sultan Selangor 2024 antara pasukan Pilihan Selangor dan Singapura mendapat perhatian orang ramai.

Ini kerana Faisal yang dilantik sebagai kapten Pilihan Selangor diberikan kata-kata semangat oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa sesi pengenalan barisan pemain sebelum perlawanan bermula.

Tangisan bintang Gergasi Merah itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana umum mengetahui Istana Selangor antara pihak bertanggungjawab menjaga serta memperjuangkan keadilan buat Faisal semasa tempoh rawatannya.

BACA LAGI: Fans mula jatuh hati, Gergasi Merah kini miliki ‘Oliver Giroud Selangor’

BACA LAGI: 'Pentas ACLE, ACL 2 lebih mencabar, Selangor dan JDT bakal hadapi nasib serupa'

Malah Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pihak istana turut menanggung kos rawatan Faisal yang mengalami kecederaan selepas disimbah asid pada Mei lalu.

Disebabkan sifat keprihatinan pihak Istana Selangor mungkin menjadi penyebab Faisal mengalirkan air mata sebaik sahaja bersalaman dengan Sultan Selangor.

Dalam perlawanan itu juga, Faisal mendapatkan waktu bermain yang sangat tinggi iaitu 45 minit permainan sejak aksi debutnya dalam Liga Super menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 10 Ogos lalu.

Pilihan Selangor menepati ramalam apabila menjuarai Piala Sultan Selangor 2024 selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 pada aksi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ketika awal perlawanan, Faisal yang mesra dengan panggilan Mickey berjaya hampir meledak jaringan tetapi beberapa percubaan dari pemain itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Pilihan Singapura.

Sebagai rekod, pasukan Pilihan Selangor sebelum ini bergelar juara Piala Sultan Selangor pada edisi 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013, 2014, 2018 dan 2019. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram