‘Tak salah sambar pemain jadikan Harimau Malaya pilihan terakhir’


  • Podium
  • Ahad, 01 Sep 2024

Harimau Malaya dilihat sebagai pilihan terakhir buat pemain warisan atau naturalisasi yang kehilangan tempat di negara masing-masing. — Facebook/FAM

SKUAD kebangsaan menerima berita baik baru-baru ini selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan dua pemain baharu akan menyertai Harimau Malaya tidak lama lagi.

Mereka yang dimaksudkan ialah penyerang St Louis City II, Wan Kuzain Wan Kamal dan bek kanan merangkap kapten Go Ahead Eagles, Mats Deijl dengan masing-masing memiliki pengalaman cukup luas.

Pengumuman itu sudah tentu membawa keriangan buat peminat bola sepak tanah air yang seperti tidak sabar untuk meraikan kedatangan dua wajah baharu tersebut.

BACA LAGI: Lepas Wan Kuzain-Mats Deijl, ada 3 lagi calon warisan luar negara wajar 'dipancing' FAM

BACA LAGI: Wan Kuzain selangkah sarung jersi Harimau Malaya, lapor diri lepas pulih daripada kecederaan

290124-Wan-Kuzain

Hasrat menyaksikan Wan Kuzain dalam skuad kebangsaan bukanlah perkara baharu. Agensi

Selain melihat kemasukan tersebut sebagai satu nafas baharu buat Harimau Malaya, pengalaman terdahulu dengan pemain warisan, seperti Dion Cools, Corbin Ong dan Brendan Gan menjadikan kehadiran mereka sebagai sesuatu yang mengujakan.

Bagaimanapun, segelintir penyokong pula tidak bersetuju dengan pendirian tersebut sambil menegaskan terdapat lambakan pilihan yang ketika ini beraksi dalam Liga Super.

Mereka berasakan skuad kebangsaan sepatutnya mendahulukan pemain yang membesar dalam negara kerana masing-masing lebih memahami naik turun arena bola sepak tanah air.

Pandangan itu turut dikongsikan pemerhati bola sepak tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli yang tidak mahu penyokong memasang cita-cita dan harapan terlalu tinggi terhadap dua pemain baharu itu.

WhatsApp Image 2024-09-01 at 5.42.15 PM

Dari kiri: Matt Davies, Corbin Ong dan Brendan Gan merupakan antara pemain warisan terbaik negara.

"Tak perlulah kecoh-kecoh sangat. Kalau betul dia bagus, minta dia datang dan sertai latihan sambil memberi peluang buat jurulatih perhatikan. Kalau dia bagus boleh ambil tetapi kalau dia tak bagus, itu sahaja.

"Lagipun, saya rasa kemampuan pemain-pemain ini pun tidaklah terlalu mengujakan berbanding bakat tempatan yang kita ada. Apa pun, tidak salah untuk kita mencuba kerana ini satu lagi nilai tambah untuk coach Pau Marti (Vicente)," katanya kepada Majoriti.

Harapan FAM dan peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan Wan Kuzain dalam skuad kebangsaan bukanlah perkara baharu kerana dia pernah berada dalam radar Harimau Malaya beberapa tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, dia yang diwakili bapanya ketika itu menolak kerana masih berhasrat untuk menyaksikannya mewakili Amerika Syarikat kerana pemain tersebut lahir di negara berkenaan.

Nov 21, 2022; Al Rayyan, Qatar; United States of America forward Josh Sargent (24) congratulates forward Timothy Weah (21) after he scored a goal Wales during the first half during a group stage match during the 2022 FIFA World Cup at Ahmed Bin Ali Stadium. Mandatory Credit: Yukihito Taguchi-USA TODAY Sports

Wan Kuzain yang lahir di Amerika Syarikat layak untuk mewakili negara itu. Agensi

Tetapi, dengan usianya kini sudah mencecah 24 tahun, Wan Kuzain akhirnya memilih menyarung jersi Harimau Malaya dengan harapan dapat meraih pengalaman di peringkat antarabangsa.

Perkara itu turut menimbulkan pertikaian memandangkan pemain berkenaan seperti meletakkan skuad kebangsaan sebagai pilihan kedua selepas gagal menonjol di negara masing-masing.

Pendekatan sama juga diambil Mats Deijl yang kini sudah berusia 27 tahun dengan dia seperti menganggap Harimau Malaya peluang baginya mendapatkan kaps antarabangsa.

Situasi berkenaan membuatkan Pekan berasakan pemain warisan menjadikan skuad kebangsaan sebagai destinasi terakhir sebelum mereka menamatkan karier.

TERWOLDE, Sportpark De Woldermarck, 25-06-2022 , season 2022 / 2023 , Friendly match. during the match Terwolde - Go Ahead Eagles, final result 1-15, GA Eagles player Mats Deijl

Mats Deijl menzahirkan hasrat beraksi untuk Harimau Malaya pada usia 27 tahun. Agensi

"Kebanyakan pemain naturalisasi dan warisan yang mewakili Harimau Malaya sekarang memanglah menjadikan mewakili negara ini sebagai pilihan kedua atau ketiga.

"Ini kerana Malaysia dilihat sebagai destinasi terakhir mereka, terutamanya kepada pemain import dan naturalisasi yang sudah lanjut usia dan menyedari mereka sudah tidak ada peluang menjadi pemain kebangsaan negara mereka sendiri pada usia sekarang.

"Bohonglah kalau ada mereka yang kata sejak saya main bola sepak, pilihan utama saya adalah untuk mewakili negara Malaysia suatu hari nanti," katanya lagi.

Selain Mats Deijl dan Wan Kuzain, terdapat laporan bahawa terdapat beberapa pemain warisan yang memasang cita-cita untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang.

Bagaimanapun, sekiranya langkah sedemikian terus diketengahkan FAM, bakat tempatan sudah tentu sukar untuk bersaing kerana mereka tidak memiliki pengalaman serta reputasi seperti mereka yang lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram