Kemasukan Obregon bukti JDT tak hanya fokus prestasi atas padang, kantung kelab pun dijaga rapi


  • Podium
  • Ahad, 01 Sep 2024

Obregon akan menguatkan lagi jentera serangan skuad Harimau Selatan yang sudah cukup lengkap ketika ini. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus berbelanja mewah pada jendela perpindahan kedua Liga Super 2024/25 apabila secara rasmi sudah membawa masuk penyerang baharu, Jorge Obregon.

Pemain berkenaan menjadi rekrut keenam mereka kali ini meskipun sudah membuat rombakan besar-besaran pada awal musim, namun masing-masing tidak memberikan impak seperti mana diharapkan.

Jadi, dalam misi membawa pasukan ke tahap lebih baik, pihak pengurusan skuad Harimau Selatan bertindak menyambar Obregon dari kelab lamanya, HNK Rijeka.

BACA LAGI: Sudah dapat agak, seorang lagi bintang import JDT sertai kelab Sepanyol waima baru separuh musim

BACA LAGI: 'JDT pasukan nombor satu, tapi boleh jadi sesiapa saja di tempat kedua'

457573823_1083933553102620_4648539584672671214_n

Obregon sudah menyertai sesi latihan skuad Harimau Selatan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Bagaimanapun, perpindahan itu menimbulkan pertikaian apabila penyokong bola sepak tempatan mendapati mereka melaburkan kira-kira €500,000 (RM4.8 juta) untuk menandatanganinya.

Pelaburan berkenaan dilihat tidak lebih daripada satu bentuk pembaziran memandangkan JDT sudah memiliki Bergson dan Silva dan Heberty yang beraksi sebagai penyerang.

Kemasukan Obregon juga menimbulkan persoalan memandangkan pemain itu tidak pernah beraksi di Asia sebelum ini dengan perkara terbabit dikhuatiri menyukarkan proses penyesuaian diri.

Namun, pengikut setia skuad Harimau Selatan tampil mempertahankan pasukan Selatan tanah air tersebut dengan menegaskan perpindahan itu sebagai satu perancangan jangka masa panjang.

"Inilah JDT, dapatkan pemain yang dirasakan ada potensi tinggi dan apabila kelab luar dapat mengesan kehebatannya, mereka akan terus memberikan tawaran. Jadi, JDT akan menjual atau meminjamkan mereka, inilah namanya perniagaan," kata Mohamad Al-Hafiz.

r57769_1296x729_16-9

Lucero (kiri) merupakan pemain paling bernilai pernah dilepaskan dalam Liga Super. Agensi

"Mereka selalunya ambil ejen bebas yang kemudiannya akan dipinjamkan ke pasukan lain. Jika berminat, kelab baharu itu akan menebus kontrak," kata Nauzir Hellas.

"Beli dengan mahal, pasti akan dilepaskan dengan harga lebih mahal. Inilah dia namanya perniagaan dalam industri bola sepak," kata Mbh Renovate.

Ketika ini, rekod penjualan terbesar dalam Liga Super dipegang kelab Selatan tanah air berkenaan ketika mereka menjual pemain dari Argentina, Juan Martin Lucero ke Club Tijuana pada 2016.

Dia dijual dengan harga €2.44 juta bersamaan RM11.6 juta berdasarkan pertukaran ketika ini dengan pasukan lain sudah tentu cemburu dengan perancangan JDT.

Sekiranya perniagaan sedemikian diteruskan, tiada sebab bagi orang ramai mempertikaikan cengkaman JDT dalam arena bola sepak tanah air melihat kepada masa depan yang cukup jelas ditonjolkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram