[VIDEO] Dua bintang EPL termasuk Liverpool antara 5 digantung akibat bergaduh


  • Podium
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Nunez (kanan) dilaporkan terlibat dalam pergaduhan antara penyokong selepas aksi separuh akhir CONMEBOL 2024 pada Julai lalu. — Agensi

BERITA buruk diterima penyerang Liverpool, Darwin Nunez selepas dia dikenakan penggantungan lima perlawanan setelah terlibat dalam pergaduhan selepas pertembungan separuh akhir Copa America pada Julai lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan badan bola sepak Amerika Syarikat, CONMEBOL, pemain berkenaan berdepan hukuman itu kerana menjadi tumpuan semasa kekecohan melibatkan negaranya dan Colombia ketika pertandingan tersebut.

Bagaimanapun, bintang berusia 25 tahun berkenaan masih dibenarkan untuk beraksi di peringkat kelab dengan penggantungan itu hanya berkuat kuasa dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

BACA LAGI: [VIDEO] Kenali Elliot Thrope: Produk akademi Tottenham berdarah Malaysia

BACA LAGI: Man U sedia guna khidmat ubi muda Perancis ratah Tottenham

Selain Nunez, beberapa pemain Uruguay yang lain turut menghadapi hukuman sama termasuk pemain Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur yang tidak dapat diturunkan dalam empat perlawanan.

Ronald Araujo, Jose Maria Gimenez dan Mathias Olivera juga dikenakan penggantungan oleh CONMEBOL dengan masing-masing dihalang daripada beraksi dalam tiga aksi seterusnya buat Uruguay.

Di samping itu, Nunez dan Bentancur dilaporkan dikenakan denda sebanyak AS$16,000 (RM69,500) sementara Araujo, Olivera dan Gimenez didenda AS$12,000 (RM52,122) setiap seorang.

Kehilangan pemain-pemain berkenaan sudah tentu menjadi tamparan buat pengendali skuad La Celeste, Marcelo Bielsa yang akan menghadapi jadual sukar dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 bermula September depan.

WhatsApp Image 2024-08-29 at 10.38.02 AM

Nunez (kiri) dan Bentancur masing-masing akan terlepas beberapa aksi penting buat Colombia selepas ini. — Agensi

Dalam perlawanan separuh akhir menentang Colombia pada Julai lalu, pergaduhan tercetus selepas Uruguay mengalami kekalahan tipis 0-1 dalam pertembungan yang berlangsung di Stadium Bank of America, Amerika Syarikat.

Kekecohan berkenaan dilaporkan berlaku dalam kalangan peminat yang berada berhampiran keluarga serta kenalan pemain Uruguay yang hadir untuk menonton perlawanan itu secara langsung.

Kerisauan terhadap keselamatan anggota keluarga mendesak kesemua pemain, terutamanya Nunez terlibat dalam pergelutan berkenaan dalam usaha menyelamatkan anaknya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram