Sabah sudah sedia, Intan Serah jadi sandaran fans


  • Podium
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Sebahagian sesi latihan skuad wanita Sabah yang akan memulakan cabaran dalam kempen Liga Juara-Juara AFC Wanita 2024/25 berdepan APF Club pada Rabu. — Facebook/Sabahfc

PASUKAN bola sepak wanita Sabah FA akan membuka kempen Liga Juara-Juara AFC Wanita (AWCL) bagi musim 2024/25.

Skuad kendalian Justin Ganai itu berjaya layak ke kejohanan tersebut apabila muncul juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2023.

Meskipun begitu, Sabah perlu melepasi cabaran dua lagi wakil Asia iaitu APF Club (Nepal) dan FC Nasaf (Uzbekistan) dalam Kumpulan C.

BACA LAGI: [VIDEO] Forestieri ubati kerinduan fans kelab lama di England, moga berulang bersama JDT

BACA LAGI: Harumkan nama SEMBAKA dan Selangor, ayah mahu Nur Rania tolak tepi soal minit permainan, fokus kutip pengalaman

WhatsApp Image 2024-08-28 at 12.29.40 (1)

Intan Serah (depan) menjadi pemain pinjaman untuk membantu Sabah di pentas Asia.Facebook/Sabahfc

Sekiranya Sabah berjaya mengenepikan cabaran dua wakil Asia itu pastinya pasukan yang berpangkalan di Borneo itu mara ke peringkat kumpulan AWCL. Ini kerana, hanya juara kumpulan yang boleh mara ke peringkat kumpulan AWCL.

Sang Badak akan membuka kempen Kumpulan C dengan menentang APF pada 28 Ogos, diikuti dengan aksi menentang FC Nasaf pada 31 Ogos.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, sudah pasti Sabah memiliki kelebihan untuk bergelar juara Kumpulan C sekali gus menempah tiket ke pusingan seterusnya.

Lebih manis lagi, Sabah turut menerima nafas baharu daripada dua bintang Malayan Tigress iaitu Steffi Sarge Kaur dan Intan Serah Anisah Zulgafli secara pinjaman bagi membantu pasukan berkenaan.

Dengan kehadiran dua tonggak pemain kebangsaan itu, sudah pasti ramai penyokong The Rhinos mula meletakkan sandaran di bahu kedua-dua bintang tersebut.

"Yang penting Intan Serah padu bahagian midfield dan penyerang," kata Yusri Yusof Yusri.

"Dah ada Intan Serah ni, confirm boleh menang Sabah," kata Alfonso Mark.

"Dua bintang Malayan Tigress, mustahil tak padu, lagi-lagi ada Intan Serah," kata Evo Amran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram