'JDT pasukan nombor satu, tapi boleh jadi sesiapa saja di tempat kedua'


  • Podium
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Selangor masih mempunyai kekurangan dari segi mental untuk bersaing dengan JDT.

TAKHTA kejuaraan milik Johor Darul Ta'zim (JDT) masih lagi tidak tercabar apatah lagi terusik. Selangor FC cuba untuk menggugat tapi usaha berakhir dengan hampa.

Kalah 1-6 kepada JDT di perlawanan akhir Piala FA memberikan pelbagai pandangan. Pandangan ketara adalah, Selangor belum cukup mampu mencabar JDT.

Ramai yang berasakan Selangor boleh diangkat sebagai kelab kedua terbaik di negara musim ini. Akan tetapi, kekalahan besar kepada JDT itu masih menjadikan Selangor kelab kedua terbaik tempatan?

BACA LAGI: Jendela perpindahan kedua tawar talian hayat buat Selangor FC?

BACA LAGI: 'Bola hilang lepas 3 touch', Nidzam perlu 'demand' lebih tuntut pemain rapatkan jurang dengan JDT

456907174_526416616446993_3223424549602030301_n

Kelemahan Selangor terletak pada mentalnya. — MFL

Bagi pemerhati bola sepak tempatan, T. Avineshwaran, bola sepak negara tidak kelab kedua terbaik yang jelas untuk mencabar JDT.

Selangor mungkin menduduki tangga kedua Liga Super, tetapi persembahan mereka di perlawanan akhir seolah tidak menunjukkan sebaliknya.

"Pada saya, pasukan nombor satu adalah JDT tetapi untuk pasukan kedua, ia boleh jadi sesiapa sahaja.

"Persoalan ini sukar untuk dijawab kerana secara statistiknya Selangor memang berada di tangga kedua. Tapi, kita dapat lihat PDRM FC mengikat JDT dan Kedah Darul Aman FC memberikan saingan hebat kepada mereka pada musim ini dan sebelumnya," kata Avinesh kepada Majoriti.

Walaupun begitu, Avinesh masih berasakan Selangor mampu untuk memberikan tentangan terhadap JDT. Syaratnya adalah para pemain perlu hadir dengan mental yang kuat.

Pada hemat pemerhati tersebut, Selangor melakukannya dengan cukup baik dalam perkara lain seperti kempen anti keganasan dan sebagainya. Tetapi, mereka masih mempunyai kelemahan ketara mengenai mental pemain apabila beraksi di padang.

456902331_526374089784579_3106877265241439657_n

Masih ada beberapa perkara perlu dibaiki Selangor. — MFL

Ia dapat dilihat apabila ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama, Selangor berjaya mendapat kebangkitan menerusi gol di awal separuh masa kedua.

Namun begitu, tembok mental mereka musnah sebaik saja melepaskan gol ketiga. Ia terus membunuh perjuangan Selangor dalam usaha kembali dalam perlawanan tersebut.

"Bagi saya, apa yang Selangor lakukan setakat ini adalah bagus. Cuma mereka perlu membaiki kualiti mental para pemain. Kita dapat lihat apabila kelab mengadakan kempen anti keganasan, ia membuatkan pemain berasa selesa bersama kelab. Itu sangat bagus.

"Tetapi, apabila mereka beraksi dalam perlawanan, mereka berdepan dengan perang psikologi. Itu yang memberi kesan kepada mereka. Malah, Nidzam Jamil juga mengakui perlu bercakap dengan para pemainnya agar tidak terbawa-bawa dengan emosi ketika perlawanan.

"Benar, bola sepak adalah permainan yang berkait dengan emosi, tetapi macam mana Selangor hendak mengubah emosi itu sebagai salah satu faktor membuatkan mereka menang? Itulah yang perlu dibaiki mereka," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram