TEMASYA Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024 melabuhkan tirainya selepas 13 hari diadakan.
Sarawak selaku tuan rumah bagi kejohanan tersebut muncul juara keseluruhan edisi ke-21 itu selepas kali terakhir menjulang kejuaraan genap 30 tahun lalu iaitu pada 1994.
Kontinjen Sarawak meraih 76 pingat emas, 55 perak dan 70 gangsa mengatasi Wilayah Persekutuan yang mengekori rapat dengan 75 pingat emas, 65 perak dan 72 gangsa.
BACA LAGI: 'Ada rezeki bersama lagi', keeper Kelantan selangkah tinggalkan Kedah?
BACA LAGI: STL baru nak 'panas', fans sudah rindu sistem 21 mata
Kontinjen Selangor meraih 'ibu pingat emas' selepas berjaya menewaskan pasukan Sabah di peringkat akhir acara bola sepak wanita SUKMA.
Meskipun Selangor berada kedudukan ketiga dengan 55 emas namun kontinjen itu pastinya menguntum senyuman selepas berjaya membawa pulang 'ibu pingat emas' dalam perlawanan akhir acara bola sepak wanita berdepan Sabah.
Manisnya kemenangan kontinjen Selangor itu di pentas SUKMA, seorang 'ubi muda' dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Batang Kali (SEMBAKA) dikenalpasti dalam menaikkan semangat pasukan tersebut.
Pastinya, Pengetua Cemerlang DG54 SMK Bandar Baru Batang Kali, Hanishah Mohd, berbangga dengan pencapaian pelajarnya, Nur Rania Iman Mohd Hairy yang bukan saja membawa nama Selangor, tetapi turut mengharumkan nama SEMBAKA.
Meskipun baru sahaja berusia 16 tahun namun semangat yang ditunjukkan Nur Raina untuk pasukan Selangor patut diberi pujian.
Nur Rania Iman atau mesra dengan panggilan Iman menjadi atlet termuda yang meraih pingat emas apabila turut tersenarai dalam barisan skuad bola sepak wanita.
Meskipun tidak diberi peluang untuk beraksi sepanjang perlawanan itu berlangsung, ia tidak memadamkan semangat Iman yang dilihat masih meneruskan perjuangannya dalam bola sepak.
Nur Rania Iman atau mesra dengan panggilan Iman menjadi atlet termuda yang meraih pingat emas apabila turut tersenarai dalam barisan skuad bola sepak wanita.
Bercakap mengenai prestasi semasa Iman, ayahnya, Mohd Hairy Othman berkata, dia enggan meletakkan sasaran tinggi dan hanya fokus kepada pengalaman dalam kancah bola sepak bersama pasukan Selangor.
"Tapi untuk sekarang ini, saya tak kejar minit permainan tapi saya nak dia dapatkan pengalaman terlebih dahulu bersama pasukan.
"Walaupun dia duduk bench masa dekat SUKMA, tapi agak sukar juga untuk tembus sebenarnya, jadi itu adalah pengalaman yang besar buat dia masa umur masih muda ni.
"Tapi untuk masa sekarang ni dia under development, so for exposure saya prefer dia untuk stay dekat Selangorlah," katanya kepada Majoriti.
Iman menyarung jersi Selangor.
Di samping itu, Hairy yang juga merupakan penyelia itu mengatakan bahawa hasratnya untuk melihat Iman menyarung jersi Selangor akhirnya tercapai.
"Semua parent mesti meletakkan harapanlah untuk anak dia, sebenarnya saya lahir dan membesar di Selangor, jadi saya memang nak anak saya sarung jersi Selangor.
"Alhamdulillah dia dapat main untuk pasukan Selangor dan Iman juga pernah bermain untuk Liga Wanita Nasional 2023 berama LMS Tigress.
"Bukan itu sahaja, dia pernah bermain untuk pasukan SA United dalam Liga Super Wanita (WSL) dan Alhamdulillah, SA United dinobatkan sebagai juara Piala FA 2024.
Menurutnya ayahnya, Iman bukan sahaja aktif dalam bola sepak malah giat dalam sukan sekolah dan pernah dinobatkan sebagai Olahragawati.
"Tahun 2023 banyak melakar kenangan terindah buat Iman kerana telah dinobat kan selaku Olahragawati Sekolah dan Tokoh Sukan bagi Sekolah Menengah Taman Selayang (SEMENTAS), Selangor.
"Tahun 2024 sekali lagi Iman telah merangkul gelaran Olahragawati sekolah. Tapi kali ini di sekolah baharunya iaitu SMK Bandar Baru Batang Kali," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram