TULAR di media sosial aksi dua lelaki mencuri motosikal di Surau Darul Muhajirin, Taman Selaseh Fasa 2, Batu Caves, Gombak, Selangor pada Ahad.
Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pemilik motorsikal dipercayai meletakkan kenderaannya di parkir masjid untuk menunaikan solat Subuh.
Begitupun tak lama kemudian, salah seorang suspek yang bertopi keledar bergegas menarik keluar sebuah motorsikal dari tempat parkir tersebut dengan pantas.
BACA LAGI: Bekalan insulin cukup hingga akhir tahun, KKM cari alternatif elak jejas pesakit — Dr Dzulkefly
Menerusi video yang dikongsikan di laman X oleh @AsalGombak itu, pelaku dilihat berjaya melarikan motosikal itu bersama rakannya.
"Motor dicuri ketika solat Subuh di Taman Selasih Fasa 2.
"Tak berhati perut dah pencuri ni, orang tengah solat Subuh pun diorang giat mencuri motor.
"Kepada sesiapa yang nampak motor LC135 Yamaha plat JSM9056, mohon jasa baik untuk laporkan ke balai polis atau hubungi 016-3054767," tulisnya.
Setakat berita ini ditulis, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram