Tiada cara sekat JDT, kalau ada pun ambil import berkualiti dengan harga murah — Irfan Bakti


  • Podium
  • Ahad, 25 Ogos 2024

Penguasaan JDT dalam saingan Liga M nyata sukar digugat apabila gergasi tanahair itu meraih kemenangan hatrik Piala FA. — Facebook/JDT

KELAB elit bola sepak tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat sejarah menjadi pasukan pertama capai hatrik bagi kejuaraan Piala FA selepas mudah menewaskan Selangor FC dengan keputusan 6-1 pada Ahad.

Sebelum ini, Harimau Selatan telah menjulang Piala FA sebanyak dua kali pada edisi 2022 dan 2023. Kejayaan itu terus disambung dengan seramai 80,350 ribu penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur menjadi saksi sejarah terbaharu mereka.

Harimau Selatan meraih kemenangan menerusi hatrik Juan Muniz dan tiga lagi gol masing-masing dicetak oleh pemain kebangsaan, Arif Aiman Hanapi; Bergson Da Silva serta Heberty.

BACA LAGI: [VIDEO] Saling berbalas kekasaran, tindakan Safuwan dan Feroz Baharudin jelas tak masuk akal

BACA LAGI: Antara dua darjat, Selangor tak mampu kekang JDT hatrik Piala FA, julang trofi diiktiraf

Manakala, Selangor FC yang dijangka akan memberi saingan sengit kepada juara bertahan Piala FA itu sekadar membawa pulang gol sagu hati hasil penyudah pemain import, Alvin Fortes pada minit ke-59.

Kemenangan itu lagi menunjukkan bahawa penguasaan Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) nyata sukar digugat dengan ia juga diakui oleh legenda jurulatih tanah air, Irfan Bakti Abu Salim.

Irfan Bakti yang juga sebelum ini pernah membimbing Selangor FC pada musim 2011-2013 berpandangan bahawa tiada resipi terbaik untuk mana-mana pasukan domestik menyekat kemaraan JDT dalam beberapa tahun ini.

Sekalipun ada, Irfan Bakti menasihatkan agar pasukan yang boleh memberi saingan sengit seperti Selangor FC dan Terengganu FC (TFC) perlu mencari pemain import berkualiti namun dengan harga murah.

"JDT akan terus dominasi kerana dia kawal semua pemain. Pemain mereka dalam 50 orang termasuk yang dipinjamkan. Satu benda yang tidak manis saya anggap. Hampir setiap negeri ada pemain mereka yang dipinjamkan.

"Sebab itu sukar untuk hentikan dominasi sebab pemain terbaik negara dia pegang, naturalisasi tidak main sebab ramai sangat pemain. Pasukan lain perlu ambil import berkualiti dengan harga murah.

"Tapi sekarang memang sukar nak sekat kemaraan JDT. Pasukan seperti Selangor dan Terengganu boleh lawan tapi masih belum cukup. Jika dilihat pada aksi semalam (Sabtu) JDT banyak buat tekanan tapi tidak konsisten," katanya kepada Majoriti.

Bercakap mengenai perlawanan akhir Piala FA pula, Irfan Bakti yang mengharapkan Selangor memberi saingan itu tidak menyangka Gergasi Merah akan dibolosi sebanyak enam gol.

Menurutnya, skuad depth JDT dan perancangan yang baik daripada jurulatih Harimau Selatan, Hector Bidoglio jelas membuatkan Selangor FC melakukan banyak kesilapan dalam perlawanan itu.

isi dalammmmmm

Antara momen perlawanan JDT menentang Selangor di Bukit Jalil pada Sabtu. — Facebook/JDT

"JDT mendominasi semua perlawanan, jadi sukar Selangor nak comeback pada perlawanan itu. Selangor ada memberi saingan tetapi tidak lama kerana cara permainan JDT yang baik.

"Kita tidaklah terbayang sampai macam itu sekali skornya, kalau kena dua bolos tidak apa. Lepas itu kalah besar di final pula. Memang satu perancangan baik daripada JDT dan kurang baik daripada Selangor.

"Kalau final patutnya jadi permainan sesiapa sahaja walau JDT juara bertahan. Saya sangka Selangor boleh buat kejutan, sedangkan PDRM boleh merekodkan seri semasa perlawanan liga," tambahnya.

Kredit harus diberikan skuad Sang Saka Biru apabila menjadi pasukan pertama berjaya menyekat skuad Harimau Selatan daripada mengutip mata penuh bagi saingan Liga Super pada 31 Julai lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram