DUO penyerang Brazil dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva dan Heberty Fernandes jelas berpuas hati dengan kemenangan ke atas Selangor FC dalam perlawanan akhir Piala FA 2024.
Bergson yang menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 6-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur meluahkan kata-kata penghargaan buat pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Kami tidak memiliki sebarang rahsia, cuma perlu bekerja keras setiap hari dengan bantuan rakan sepasukan. Jadi, saya bantu mereka dan mereka bantu saya. Kepada bos (Tunku Ismail), Alhamdulillah kami sayang anda," katanya.
BACA LAGI: Stadium jadi 'kelebihan' Selangor, statistik jelas milik JDT — Ramon Marcote
BACA LAGI: [VIDEO] 'Hanya Zii Jia boleh buat sebegitu', tindakan JDT kunci mulut mula dibandingkan
Penyerang kelahiran Brazil tersebut mencetak jaringan selepas pertahanan skuad Gergasi Merah gagal mengekang peluang buatnya di hadapan pintu gol.
Keraian cukup meriah ditonjolkan skuad Harimau Selatan setiap kali jaringan terhasil. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Jaringan berkenaan menyaksikan JDT kembali menguasai permainan tidak lama setelah dibolosi dengan sumbangan Bergson jelas mengemablikan momentum buat skuad Harimau Selatan.
Sementara itu, Heberty yang turut menjaringkan gol mengakui perlawanan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjaringkan gol di pentas final.
"Ia adalah satu perasaan cukup bagus untuk mencetak jaringan di pentas akhir kerana ia membawa pelbagai emosi. Tetapi, apa yang lebih mengujakan adalah apabila saya dapat membantu pasukan," katanya.
Setakat ini, Heberty sudah menjulang empat kejuaraan sejak menyertai skuad Harimau Selatan pada pertengahan musim 2023 dengan pelbagai sumbangan dicurahkan.
Pulangan itu pasti membuatkannya cukup berpuas hati memandangkan dia hadir dengan reputasi kurang dikenali berbanding nama-nama besar lain di kelab terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram