Adik keeper pinjaman Perak ikut jejak langkah, mahu bukti bakat di pentas SUKMA


  • Podium
  • Khamis, 22 Ogos 2024

Pasukan Wilayah Persekutuan meraikan kemenangan mara ke semifinal selepas menewaskan Pulau Pinang. — Facebook

ADIK penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli mengikuti jejak langkah keluarganya dengan menceburi bidang sukan.

Hafizy Nadzli nama diberi merupakan penjaga gol Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pernah mendedahkan bahawa dia gemar bermain di posisi penyerang sebelum tampil cemerlang sebagai benteng akhir pasukan.

Menurut Hafizy, bapa dan abang sulungnya merupakan penjaga gol di peringkat liga amatur, manakala abang keduanya, Haziq Nadzli kini merupakan penjaga gol yang dipinjamkan ke Perak dari Johor Darul Ta'zim (JDT).

BACA LAGI: Bekas pemain JDT mahu final Piala FA jadi landasan erat hubungan baik penyokong

BACA LAGI: Sabah FC, NSFC dan Pantai Timur perlu bertindak segera berebut khidmat Kalamullah

WhatsApp Image 2024-08-22 at 12.13.46

Skuad kendalian Nidzam Adzha mara ke separuh akhir untuk berdepan Kelantan. — Facebook

“Ketika saya mula-mula bermain bola sepak, saya adalah seorang penyerang. Dari usia enam hingga tujuh tahun, saya bermain di posisi itu. Tetapi selepas melihat abang-abang saya, saya memutuskan untuk beralih kepada penjaga gol.

“Saya berlatih untuk menjadi penjaga gol pada usia lapan tahun dan tidak pernah menoleh ke belakang sejak itu.

“Ayah saya, Nadzli Mashhor pernah bermain sebagai penjaga gol semasa zaman persekolahannya dan abang sulung saya, Muhsin Nadzli pernah bermain dalam pertandingan antara universiti untuk UiTM.

“Kemudian, abang kedua saya, Haziq yang memenangi pingat perak Sukan SEA pada 2017 sentiasa menjadi contoh dan teladan yang baik. Dia membimbing saya dengan pengalamannya terutama ketika membaca permainan," ujarnya.

WhatsApp Image 2024-08-22 at 12.13.46 (1)

Hafizy (dua kiri) berharap agar dapat membantu Wilayah Persekutuan mara ke final. — Facebook

Hafizy yang juga merupakan pelajar Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi di UiTM Shah Alam, Selangor itu antara watak penting yang menjadi benteng akhir Wilayah Persekutuan untuk bergelar juara acara bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024.

Pasukan yang dikendalikan oleh Nidzam Adzha itu mara ke semifinal acara bola sepak lelaki selepas menewaskan Pulau Pinang dengan keputusan 2-0 dalam suku akhir.

Begitupun, menurut Hafizy, jurulatih mereka berharap agar anak-anak buahnya mampu mengetepikan cabaran Kelantan di peringkat separuh akhir pada Khamis untuk mara ke final.

“Kita tidak akan memandang rendah Kelantan kerana mereka mempunyai pasukan yang berkualiti. Sebagai penjaga gol, saya perlu fokus sepenuhnya.

“Matlamat utama saya adalah untuk membantu pasukan mara ke final dan membawa pingat emas, sekiranya berjaya, saya akan menjadi orang pertama dalam keluarga yang meraih emas," katanya.

Padang MDDM, Mukah, Sarawak akan menyaksikan pertembungan antara Kelantan dan Wilayah Persekutuan dalam separuh akhir bola sepak lelaki. — The Star/T.AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram