MENJELANG perlawanan akhir Piala FA 2024, Johor Darul Ta'zim (JDT) dilihat mengambil pendekatan pelik apabila pengendalinya, Hector Bidoglio dan kapten, Jordi Amat tidak menghadiri sesi sidang media pada Jumaat.
Dalam sesi sidang media pra perlawanan itu, JDT yang diwakili oleh penolong jurulatih, Jose Lopez dan pemain pertahanan, Junior Eldstal masing-masing enggan memberi sebarang kenyataan mengenai aksi tersebut.
Malah, ketika ditanya para wartawan dalam sesi kira-kira lima minit itu, masing-masing hanya mengatakan mereka 'tiada komen' terhadap persiapan pasukan.
BACA LAGI: [VIDEO] Final Piala FA: PSM optimis SNBJ sudah bersedia, ekor HM tanya macam mana padang jika hujan
BACA LAGI: Tak hadir sidang media, Bidoglio dan JDT lancar perang psikologi?
"Saya tiada sebarang komen mengenai perlawanan ini,” kata Lopez dalam sesi sidang media tersebut.
Perkara sama turut diluahkan oleh Junior Eldstal apabila ditanya mengenai persiapan skuad Harimau Selatan untuk turun berdepan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu nanti.
Usai sidang media tersebut, ramai penyokong tanah air menyuarakan pandangan mereka yang tidak berpuas hati dengan tindakan wakil Harimau Selatan itu berdasarkan rakaman yang dikongsikan oleh pihak media.
"Alahai, tak profesional langsung, lebih baik tak payah datang press conference kalau tak nak komen apa-apa, sebab tu orang benci JDT ni, patutnya walaupun pasukan mantap dan hebat bak fikiran pemiliknya, lebih orang suka bila merendah diri, ini hadir press conference pun tak nak komen," kata Kim Ynwa.
"Nak buat macam mana boss suruh macam tu tapi macam tiada adab, mentality juara konon," kata Abif Rejab.
"Datang press conference tak nak cakap, baik duduk rumah tidur saja, orang tu dah tanya jawab sajalah soalan tu," kata Hafizul Hilmi.
Untuk rekod, JDT merupakan juara bertahan Piala FA musim lalu, manakala kali terakhir Selangor bergelar juara adalah pada tahun 2008. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram