Haqimi Azim tunjuk sengat, cetak gol tunggal buat KL City tewaskan Kaya FC Iloilo


  • Podium
  • Jumaat, 23 Ogos 2024

Pemain Kaya Iloilo gagal menyekat serangan yang dihasilkan oleh Haqimi Azim (tengah). — KL City

KUALA Lumpur City FC membuka aksi pertama Kumpulan A saingan ASEAN Club Championship (ACC) Piala Shopee 2024/25 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan tipis 1-0 kepada kelab Filipina, Kaya Iloilo FC pada Khamis.

Dalam perlawanan yang berlangsung di hadapan penyokong Warga Kota itu, anak-anak buah Miroslav Kuljanac memanfaatkan pengalaman beraksi di pentas Piala AFC 2022 untuk membantu pasukan itu mendepani cabaran Shopee Cup.

Pada babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan saling membuat serangan bertali arus untuk mendapatkan kelebihan gol.

BACA LAGI: 'Ada rezeki jumpa lagi', tonggak TFC ucap selamat tinggal kini dicanang ke Lembah Klang, Kedah

BACA LAGI: [VIDEO] Jaring 102 gol sepanjang karier antara pro-kontra Nelson Bonilla sertai Terengganu FC

6213033054432247258

Haqimi Azim yang berjaya mencetak gol buat KL City FC. — KL City

Pasukan pelawat nyata enggan membenarkan pasukan Lembah Klang itu mencetak jaringan dengan menafikan setiap percubaan yang dilakukan oleh jentera serangan KL City Boys.

Begitupun, Kaya Iloilo nampaknya sukar untuk mengawal pemain muda The City Boys, Haqimi Azim yang berjaya menyumbat masuk gol tunggal buat pasukan Warga Kota itu.

Bersambung babak kedua, pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu terus melakukan serangan ke arah kubu pelawat.

Begitupun, tiada jaringan terhasil dalam babak kedua dengan menyaksikan hanya satu gol terhasil di Stadium Cheras itu.

Bagaimanapun, pujian pastinya diberikan kepada pemain muda KL City FC, Haqimi yang muncul watak penting dalam aksi tersebut.

Dengan kemenangan itu, rata-rata penyokong berasakan skuad kebangsaan kini mempunyai penyerang tulen yang patut diberi peluang menyinar bersama Harimau Malaya.

"Striker tulen sudah dijumpai, sesuai dah Haqimi ni main sebagai skuad utama Harimau Malaya, kata Muhamad Syahril.

"Haqimi wira KL City, ni kalau main untuk Harimau Malaya memang padu," komen Ahmad Wazif.

"Haqimi ini kalau kena beri peluang memang sesuai untuk Harimau Malaya, satu-satunya penyerang tulen Malaysia," kata Azeerul Ady. — The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram