KEM pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dikhabarkan bakal kehilangan khidmat penjaga gol utamanya Kalamullah Al-Hafiz dalam jendela perpindahan akan datang.
Dakwaan mengenai penghijrahan penjaga gol skuad Sang Kenari itu dikongsikan di lama Facebook kelab penyokong, Kedah Borneo Fans Club pada Selasa.
BACA LAGI: Tawarkan pengalaman unik dan mengasyikkan antara kunci industri runcit buku mampu kekal relevan
BACA LAGI: 3PBI rangka pelan komprehensif tingkat mutu Bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara
"Di khabarkan Kalamullah akan berhijrah ke pasukan baharu pada jendela perpindahan nanti.
"Terima kasih atas jasa dan khidmat bakti anda yang tidak terhingga buat pasukan Kedah FC Kalam! Anda tetap family," tulis hantaran tersebut.
Ifwat
Bagaimanapun, destinasi seterusnya penjaga gawang berusia 29 tahun itu tidak dapat dipastikan.
Kalamullah sebelum ini menyertai KDA FC daripada Petaling Jaya City FC pada penghujung 2022.
Dalam pada itu, perkembangan terbaharu itu juga dijangka memberi peluang kepada Ifwat Akmal untuk kembali mendapat tempat sebagai penjaga gawang utama selepas dia dilihat menjadi pilihan kedua susulan kehadiran Kalamullah ke dalam skuad Sang Kenari.
Sepanjang musim ini, Ifwat belum membuat sebarang penampilan di atas padang yang menyaksikan Kalamullah 'membolot' tempat kesebelasan utama Sang Kenari dalam aksi Liga Super.
Berdasarkan rekod Transfermarkt, penjaga gol berusia 28 tahun itu hanya memanaskan kerusi sebagai pemain simpanan dalam enam perlawanan terakhir KDA FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram