WALAUPUN Liverpool musim ini agak sedikit perlahan dalam merekrut pemain baharu, namun skuad The Reds diam-diam sedang memburu bintang Sepanyol, Martin Zubimendi menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ogos ini.
Nama Zubimendi semakin menjadi tumpuan dalam kalangan beberapa kelab gergasi Eropah termasuk EPL selepas persembahan cemerlang pemain tengah Real Sociedad itu dalam membantu Sepanyol muncul juara Euro 2024 pada Julai lepas.
Hasrat Liverpool yang menjadi kelab teratas ingin menggunakan kepakaran arkitek berusia 25 tahun itu bagaimanapun menghadapi sedikit kekangan untuk menerbangkan Zubimendi ke Anfield.
BACA LAGI: Sancho dijangka kembali semula ke Borussia Dortmund
BACA LAGI: Drama temui penamat, United sedia lepaskan Sancho walaupun kena jual murah
Difahamkan, pemenang Piala Carabao Cup musim 2023 itu mesti menjual beberapa pemainnya sebelum The Reds boleh mendaftarkan Martin Zubimendi untuk mematuhi peraturan pendaftaran saingan EPL.
Skuad kendalian Arne Slot semakin 'penuh' dengan pemain senior iaitu Wataru Endo dan 'ubi muda' seperti Tyler Morton, Owen Beck, Sepp Van den Berg, Fabio Carvalho perlu terima jika kelab membuka tawaran untuk mereka.
Liverpool mempunyai lebih daripada tiga minggu sehingga jendela perpindahan ditutup, dan Slot masih menunggu pembelian pertamanya. Menurut The Athletic, Liverpool sedang mengusahakan untuk menandatangani Zubimendi.

Liverpool sedang mengusahakan untuk menandatangani Zubimendi.
“Martin Zubimendi telah memberi lampu hijau untuk berpindah ke Liverpool. Kini The Reds mesti mencapai persetujuan dengan Real Sociedad dengan sejumlah bayaran. Klausa pelepasannya ialah 60 juta euro,” kongsi Transfer News Live di laman X.
Selain skuad The Reds, pemain tengah bertahan yang mempunyai klausa pelepasan $65m (RM290 juta) itu juga sedang dijejaki oleh beberapa pelamar dari EPL dan dari beberapa kelab lain.
Bagaimanapun, klausa pelepasan Zubimendi perlu dibayar sepenuhnya kepada Real Sociedad, namun pasukan La Liga itu tidak mahu meneruskan dengan angka berkenaan, mungkin menjadi masalah kepada The Reds. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
