Jangkitan Mpox: Pengusaha spa, pusat urut dinasihat ambil langkah berjaga-jaga


  • Primer
  • Ahad, 18 Ogos 2024

Jangkitan cacar monyet sudah diisytihar sebagai darurat kesihatan global oleh WHO.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan meningkatkan pengawasan dan sokongan terhadap penyebaran jangkitan Monkeypox atau cacar monyet di seluruh negara.

Ia susulan daripada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengisytiharkan jangkitan itu sebagai darurat kesihatan global.

"Pengawasan di pintu masuk antarabangsa di mana semua pelancong dari negara yang telah melaporkan kes mpox dikehendaki memantau status kesihatan mereka termasuk simptom selama 21 hari selepas tiba di Malaysia," kata KKM dalam satu kenyataan pada Ahad.

BACA LAGI: Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilapor di Malaysia babitkan 8 warga tempatan

BACA LAGI: Malaysia isytihar kecemasan kesihatan, individu bergejala cacar monyet segera dapatkan rawatan

Dalam masa yang sama, KKM turut menasihatkan individiu yang mempunyai simptom seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat serta mengelak daripada menyentuh sesiapa.

KKM juga memastikan yang jumlah makmal untuk ujian dan diagnosis adalah mencukupi dengan sebanyak 10 makmal. Ini termasuk dua makmal swasta yang mempunyai teknologi melakukan ujian PCR bagi mengesahkan diagnosis.

"Kakitangan kesihatan awam dan swasta juga dikehendaki memaklumkan kes yang disyaki dan disahkan kepada pejabat kesihatan daerah terdekat mereka untuk memastikan langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan," ujar KKM.

KKM juga mengatakan mereka yang menyediakan perkhidmatan seperti spa dan pusat urut untuk mengambil langkah berjaga-jaga berkenaan jangkitan ini.

"Premis yang menawarkan perkhidmatan yang melibatkan sentuhan kulit ke kulit kepada pelanggan seperti spa, rumah urut dan aktiviti berisiko tinggi yang lain mesti sentiasa memastikan kebersihan dijaga dan memastikan pekerja dan pelanggan mereka tidak mengalami gejala seperti lepuh atau ruam," jelas KKM.

KKM akan meningkatkan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain termasuklah hospital swasta untuk memantau, mengesan merawat kes cacar monyet ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram