Fans mula jatuh hati, Gergasi Merah kini miliki ‘Oliver Giroud Selangor’


  • Podium
  • Ahad, 18 Ogos 2024

Ronnie menjadi wira buat pasukan Pilihan Selangor apabila membuka akaun jaringan Gergasi Merah untuk menjulang Piala Sultan Selangor yang ke-10 di Stadium Merdeka pada Sabtu.

KEMASUKKAN penyerang sensasi Selangor FC, Ronnie Fernandez menjadi duri dalam daging buat pasukan Pilihan Singapura apabila pemain itu meledak pada minit ke-84 untuk membantu Gergasi Merah menjulang Piala Sultan Selangor 2024 di Stadium Merdeka pada Sabtu (18 Ogos).

Selepas menerima segala kritikan daripada segelintir penyokong Selangor, Ronnie terus membuktikan kredibilitinya selaku bekas penyerang skuad nasional Chile.

Larian solo Ronnie dalam menerima hantaran Shahrul Nazeem mendapat pujian daripada pemain ke-12 Selangor selepas anak-anak buah Nidzam Jamil dilihat buntu untuk meledak sebarang jaringan akibat ketangkasan penjaga gol Pilihan Singapura, Muhammad Syazwan Buhari.

BACA LAGI: Habib Haroon tinggalkan Kedah? Bekas penyerang 'usik' Sang Kenari minta dihubungi

BACA LAGI: 'Pentas ACLE, ACL 2 lebih mencabar, Selangor dan JDT bakal hadapi nasib serupa'

Ronnie turut membuka peluang Selangor untuk menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti Alvin Fortes sebelum pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat sekali gus merekodkan kejuaraan ke-10 Piala Sultan Selangor.

Berpuas hati dengan aksi ditampilkan Ronnie, penyokong Merah Kuning mula mengelar pemain berusia 33 tahun itu sebagai 'Oliver Giroud Selangor' kerana menjadi wira buat Gergasi Merah.

Gelaran itu diberikan kerana Giroud juga memainkan peranan sama seperti Ronnie dalam skuad nasional Perancis apabila jarang meledak jaringan namun berjaya menarik pemain pertahanan keluar untuk memberikan ruang rakan sepasukan lain melakukan gol.

"Ronnie dah masuk padang, kalau dia jaringkan gol saya gelar dia Oliver Giroud Selangor," kata Muhd Hafsam.

"Bagus juga Selangor bawa masuk Ali Olwan, terus nampak peningkatan ketara daripada Ronnie," jelas Haiqal Azman.

"Malam ini (Sabtu) Ronnie main dengan sangat baik, harap dia dapat kekalkan prestasi macam ini untuk perlawanan final Piala FA," ujar Hafizal Khamis.

Sebelum perlawanan Piala Sultan Selangor, Ronnie telah meledak tiga jaringan ketika membantu skuad Nidzam Jamil melakar kemenangan ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan Sabah FC sekali gus melonjak kedudukan Gergasi Merah di tempat kedua Liga Super.

Sebagai rekod, pasukan Pilihan Selangor sebelum ini bergelar juara Piala Sultan Selangor pada edisi 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013, 2014, 2018 dan 2019.

Selepas ini, Selangor akan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk merebut Piala FA dalam perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 24 Ogos nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram