Habib Haroon tinggalkan Kedah? Bekas penyerang 'usik' Sang Kenari minta dihubungi


  • Podium
  • Sabtu, 17 Ogos 2024

Habib Haroon dikaitkan dengan pasukan daripada Liga Bahrain.

KHABAR angin mengaitkan Habib Haroon dengan sebuah kelab di Liga Bahrain semakin mendapat perhatian daripada penyokong bola sepak.

Ini selepas Habib juga tidak diturunkan dalam perlawanan Liga Super membabitkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) akibat penggantungan perlawanan.

Ia akan memberikan kerugian buat Kedah kerana umum mengetahui pemain berusia 24 tahun itu merupakan arkitek utama Nafuzi Ball di kem Sang Kenari.

BACA LAGI: 'Pentas ACLE, ACL 2 lebih mencabar, Selangor & JDT bakal hadapi nasib serupa'

BACA LAGI: Penyokong setuju Nafuzi tukar Milos Gordic lepas Faye padam hasrat kebangkitan Kedah

Menerusi perkongsian Palatao Bola, Habib dikhabarkan sudah mula mengemas pakaiannya dan meminta pertolongan rakannya untuk membantu.

"Saya tidak tahu nama kelab tersebut, kawan rapatnya beritahu perkara itu sebab dia (Habib) minta kawannya untuk kemas pakaian."

Namun sehingga ini tiada pengumuman rasmi daripada Kedah berkenaan status Habib yang kini berehat akibat penggantungan perlawanan.

WhatsApp Image 2024-08-17 at 9.31.20 PM

Tangkap layar perkongsian daripada Palatao Bola di aplikasi TikTok.

Ia bukan perkara asing buat Habib beraksi di Liga Bahrain kerana dia sebelum ini juga mewakili kelab negara kelahirannya itu.

Habib pernah mewakili dua kelab Liga Bahrain iaitu Al-Riffa SC dan Al-Khaldiya SC sebelum menyertai Terengganu pada musim 2021.

Dalam pada itu, bekas penyerang Sang Kenari, Adam Iskandar mengikuti jejak langkah Liridon Krasniqi untuk beraksi secara percuma bersama Kedah menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia nanti.

Ia selepas dia tidak berpuas hati dengan persembahan Kedah dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini apatah lagi pemain import, Milos Gordic tidak menunjukkan aksi baik.

"Saya masih pakai nombor yang sama, kalau nak penyerang boleh telefon. Bayar duit minyak pergi latihan pun dah cukup.

"Kalau diberi peluang saya nak bermain secara percuma, sakit hati tengok penyerang banyak jalan ini, ambil anak jati Kedah baru main 'all out' untuk negeri," katanya dalam Facebook.

Untuk rekod,Adam Iskandar pernah mewarnai kem Hijau Kuning di era Liga Perdana 2014, hasil pembangunan bersama skuad Piala Presiden musim yang sama.

Ketika itu, Adam beraksi dalam skuad Piala Presiden Kedah bersama Mohd Ifwat Akmal Che Kassim, Mohamad Farhan Roslan, Muhammad Syafiq Ahmad, Abd Halim Saari, Mohd Hanif Matdzahir, Muhammad Syazwan Tajuddin dan Osman Yusof. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram