PEMAIN tengah Nottingham Forest, Danilo Oliviera terpaksa melupakan musim baharu Liga Perdana Inggeris 2024/2025 (EPL) yang baru sahaja bermula pada Sabtu (17 Ogos).
Pemain muda berusia 23 tahun itu hanya sempat beraksi selama tujuh minit berdepan AFC Bournemouth bagi aksi pertama EPL.
Kejadian itu berlaku ketika Danilo mahu merebut bola di udara bersama pemain Bournemouth, Antoine Semenyo pelanggaran di udara menyebabkan dia terjatuh sekali gus terkehel di kaki kiri bahagian buku lali.
BACA LAGI: Fans mula jatuh hati, Gergasi Merah kini miliki ‘Oliver Giroud Selangor’
BACA LAGI: Habib Haroon tinggalkan Kedah? Bekas penyerang 'usik' Sang Kenari minta dihubungi
Pengadil perlawanan, Michael Oliver terus menghentikan permainan selepas melihat insiden itu dengan mengarahkan pasukan perubatan terus masuk ke dalam padang.
Perlawanan tertangguh beberapa minit ketika Danilo menerima rawatan di atas padang.
Nottingham Forest dan Bournemouth seri 1-1 pada perlawanan berkenaan.
Menurut jurulatih Nottingham Forest, Danilo disahkan mengalami patah kaki di bahagian buku lali.
“Kami tahu dia kini berada di hospital dan sedang menjalani beberapa ujian. Dia telah patah buku lali, ia agak serius. Ini adalah satu keadaan sedih menimpa semua orang.
“Kami akan merinduinya kualiti dan sumbangannya kepada pasukan. Kami doakan yang terbaik. Juga berharap tidak mengambil masa yang lama untuk kembali,” kata Nuno Espirito Santo.
Untuk rekod, Danilo menjaringkan enam gol dan melakukan empat umpanan gol dalam 49 penampilan untuk Nottingham Forest.
Nottingham Forest akan bertemu Southampton untuk aksi kedua Liga Perdana Inggeris pada 25 Ogos ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram