[VIDEO] Peniaga lokal persoal, dakwa penguatkuasa MPAJ ‘tutup mata’ pendatang asing berniaga tanpa lesen


  • Tular
  • Sabtu, 17 Ogos 2024

Tangkap layar memaparkan insiden antara sekumpulan penguat kuasa bersama beberapa peniaga tempatan yang berang di sebuah premis di Ampang yang tular sejak Jumaat.

TINDAKAN sekumpulan peniaga tempatan menuduh anggota penguatkuasa yang dipercayai cuba mengambil rasuah di sebuah kedai makan tular di media sosial sejak Jumaat.

Video yang berdurasi dua minit lebih itu memaparkan sekumpulan penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berada di sebuah premis perniagaan di daerah itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, penguatkuasa berkenaan didakwa tidak mengenakan kompaun kepada peniaga warga asing dari Indonesia meskipun tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.

BACA LAGI: Isteri bebas, suspek kes bunuh Cikgu Istiqomah dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Isnin

BACA LAGI: Kurang cahaya waktu malam, JKR respons punca lampu rosak sepanjang Jalan Lapangan Terbang Subang

Berang dengan tindakan tersebut, pemilik akaun jurnal1sen mendedahkan sikap penguatkuasa berkenaan yang dipercayai sering memberi surat saman kepada beberapa kedai di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut hantaran tersebut, pihak penguatkuasa dilihat tidak memberi layanan yang sama kepada peniaga tempatan malah didakwa cuba untuk mengambil rasuah.

Berbeza pula layanan dengan peniaga asing yang dikatakan terlepas daripada disaman.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat agar pihak penguatkuasa tersebut diambil tindakan sewajarnya.

"Pastikan report polis, SPRM dan viralkan penguatkuasa memang ada masalah," kata Riduan.

"Siasat dan ambil tindakan, SRPM boleh buat kerja," kata Mohd Idris Omar.

"Penguatkuasa memang berani dengan peniaga tempatan saja, kalau pendatang asing kecut juga, SRPM ambil tindakan," kata Izz Harith.

MPAJ belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu setakat ini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram