Jasad Nidza Afham tiada kecederaan fizikal, kematian diklasifikasi SDR


  • 112
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Arwah Nidza Afham sebelum itu dipercayai keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum disedari hilang pukul 9 malam Selasa.

BEDAH siasat ke atas mayat Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar diputuskan 'Pending Laboratory Investigation' (menunggu laporan lengkap makmal).

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiada lain-lain kecederaan fizikal ditemui dan siasatan diteruskan sebagai mati mengejut.

Menurut beliau, proses bedah siasat telah dijalankan pada pukul 11 pagi hingga 3 petang Khamis.

BACA LAGI: Platform media sosial mesti label kandungan dijana AI — Fahmi Fadzil

BACA LAGI: Atlet SUKMA perlu bersedia mental dan emosi — Ahmad Zahid

Polis-sahkan-mayat-yang-ditemui-adalah-Nidza-Afham

Tiada kecederaan fizikal ditemukan pada mayat Nidza Afham yang ditemukan di Jambatan Sungai Klang.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza ditemui di Sungai Klang kira-kira pukul 7 malam Rabu oleh beberapa pemancing di lokasi itu.

Allahyarham dilaporkan hilang sejak Selasa lalu selepas keluar untuk berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Dompet dan telefon bimbit Nidza Afham ditemukan di Jambatan Sungai Klang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram